Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

The Coffee Bean & Tea Leaf Rai Wanita Malaysia Yang Penuh Inspirasi Sempena Hari Wanita Sedunia 2017

by Izzah Azizah
March 13, 2017
Foto - arkib Wanista.com

Foto - arkib Wanista.com

31
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Setiap wanita mempunyai kisah pahit manis yang tersendiri. Sebagai penghargaan kepada kaum wanita serta bagi meraikan kejayaan mereka, The Coffe Bean & Tea Leaf (CB&TL) dan majalah Her World memperkenalkan buku testimoni 15 wanita Malaysia yang terdiri daripada orang biasa serta personaliti terkenal seperti Marina Mahathir, Nisha Ayub, Amber Chia, Ras Adiba Radzi dan Ivy Josiah. Majlis pelancaran buku tersebut dihadiri oleh Sarah Chen, Dynas Mokhtar dan Samantha Katie James yang turut berkongsi pengalaman serta kisah kejayaan masing-masing sebagai tambahan kepada kisah-kisah yang terdapat dalam buku tersebut. 

Buku yang terselit 15 kisah aspirasi dari Wanita Malaysia. Foto – arkib Wanista.com

“Kaum wanita di seluruh dunia memberi sumbangan besar dalam setiap jenis industri, tidak kira jika mereka pekerja ladang kopi atau pemimpin korporat. Walau apapun status wanita, kami di The Coffee Bean & Tea Leaf percaya yang setiap wanita adalah unik dan berhak mendapat peluang untuk mencapai impiannya. Oleh itu, kami sentiasa berusaha bagi memastikan para wanita diberi peluang yang adil dan sama rata di setiap peringkat pekerjaan,” kata Nadiah Ong Abdullah, Naib Presiden The Coffee Bean & Tea Leaf.

Sekitar majlis tersebut. Foto – arkib Wanista.com

Disampaikan cerita dari perspektif seorang ibu, eksekutif, aktivis dan selebriti, setiap testimoni menceritakan tentang cabaran yang mereka lalui sebelum memperoleh kejayaan. Paling utama, mereka berkongsi bagaimana mereka berjaya menguasai rasa takut dan tidak yakin melalui daya keazaman dan kesungguhan yang tinggi. Kisah mereka yang penuh keterujaan, menarik dan mencuit hati sememangnya meraikan dedikasi dan perjuangan kaum wanita untuk menggapai impian dan mengejar cita-cita mereka. 

IKLAN

Foto – arkib Wanista.com

Dapatkan salinan buku ini dengan setiap majalah Her World isu Mac dan baca kisah mereka sambil menikmati secawan kopi lazat di The Coffee Bean & Tea Leaf. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran dan promosi CB&TL bagi bulan Mac, layari laman Facebook CB&TL atau Instagram CB&TL Malaysia atau layari laman web mereka di www.coffeebean.com.my. 

Tags: acarahari wanitahari wanita antarabangsahari wanita seduniainspirasi hari wanitakisah hari wanitaselebriti malaysiathe coffee bean and tea leaf
Share12SendShare

Artikel Berkaitan

Foto - Vocal Media
Gaya Hidup

Ramai Lupa Untuk Simpan Privasi Hubungan Cinta, Jangan Sampai Silap Langkah..

March 26, 2023
Foto - Hijabista
Fesyen

[Edisi Raya 2023] Sejadah Pilihan Sebagai Buah Tangan Ramadhan & Aidilfitri Untuk Keluarga

March 26, 2023
Foto - Byrdie
Kecantikan

3 Mitos Cara Cuci Wajah Yang Salah, Mari Kita Betulkan Sebelum Kulit Rosak!

March 26, 2023
Foto - MICHAEL TRAN/AFP via Getty Images
Hiburan

Hadiah Pakej Percutian Dan Botox! Gift Bag Anugerah Oscar Versi Mimpi Kayangan

March 25, 2023

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    The Coffee Bean & Tea Leaf Rai Wanita Malaysia Yang Penuh Inspirasi Sempena Hari Wanita Sedunia 2017

  3. 3

    Hidu Vicks Inhaler Batal Puasa? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.