Siapa yang tak suka makan, bukan? Tapi perlu diingatkan kalau tidak dikawal akan membawa padah kepada anda. Seperti cerita gadis Korea yang satu ini.
Seorang pelajar universiti bernama Jinny mendapat perhatian ramai selepas mendedahkan rahsia dietnya di Youtube menerusi saluran DanoTV, gadis ini menurunkan berat badan dari 100kg (221 paun) kepada 50kg (110 paun) selama dua tahun.
Semasa berada di sekolah menengah, Jinny banyak menghabiskan masa dengan menikmati ayam goreng dan bir setiap malam Jumaat, tabiatnya itu menyebabkan dia mengalami kenaikan berat badan sehingga 25kg (55 paun) dalam tempoh setahun.
Disebabkan itu, Jinny membuat keputusan untuk berdiet selepas disahkan menghidap herniated disc.
Apa yang dilakukannya?
- Jinny mendedahkan dia minum 3-5 liter air suam.
- Tidak mengambil terlalu banyak sodium dan daripada membiarkan diri kebuluran, dia pastikan diri makan sekurang-kurangnya dalam sukatan yang sedikit.
- Jika dia merasakan diri makan terlalu banyak, dia akan melakukan sedikit senaman bagi memastikan diri sentiasa bergerak untuk mengimbangi jumlah makan berlebihannya.
- Untuk makan tengah hari, Jinny memastikan untuk makan banyak protein, sayur-sayuran dan seperti biasa bersenam setiap hari.
- Untuk usus yang sihat, Jinny mengambil probiotik seperti yogurt dan makan pencuci mulut sekali sehari.
- Tidak mengambil snek lewat malam tetapi sebaliknya masa itu digunakan untuk bersenam serta sentiasa mengawal tabiat pemakanan.
Selepas dua tahun ini, dia telah berjaya mengurangkan berat tanpa mengalami apa-apa kesan dan terusan maintain sehingga kini.
Untuk lebih lanjut, lihat video ini.