Fitbit, peneraju dalam pasaran kesihatan dan kecergasan berhubung, hari ini memperkenalkan Fitbit Alta HR™ dan kemajuan baru dalam penjejakan tidur, memberikan anda maklumat dan panduan di dalam aplikasi Fitbit® untuk membolehkan anda membuat keputusan yang lebih termaklum mengenai kesihatan anda dan mengekalkan motivasi untuk mencapai sasaran kecergasan anda dengan bergaya.
Fitbit Alta HR adalah alat penjejak kadar degupan jantung berterusan dalam bentuk gelang tangan yang paling nipis di dunia, menggabungkan manfaat teknologi kadar degupan jantung PurePulse®, pengecaman senaman automatik, penjejakan tidur dan notifikasi pintar dalam rekaan nipis dan versatil yang mudah disesuaikan mengikut gaya anda. Alta HR boleh didapati untuk pra-jualan, dan boleh didapati melalui jualan runcit bermula April.
Sleep Stages menggunakan kepelbagaian kadar degupan jantung untuk menganggar jumlah waktu tidur ringan, nyenyak dan REM, serta waktu berjaga setiap malam untuk lebih memahami kualiti tidur anda.
Sleep Insights menggunakan kesemua data Fitbit anda untuk memberi panduan khusus mengenai cara-cara memperbaiki tidur anda untuk kesihatan yang lebih baik.
Alta HR (RM730.00) boleh didapati dari awal April 2017; di Lazada.com.my dan kedai-kedai termasuk EziBuy, Gizmart, Harvey Norman, Fotiken, Courts, Digital World, Gelant dan peruncit-peruncit lain.