Melihatkan gaya hidup mereka pasti ramai menganggap yang kehidupan selebriti barat pastinya dipenuhi dengan parti setiap malam dan acara sosial yang dilimpahi minuman alkohol. Tetapi jangan terkejut kerana ada sebilangan daripada mereka ini langsung tidak pernah mengusik apatah lagi mengambil sebarang minuman alkohol. Hurmmm boleh percaya ke?
Siapakah mereka yang Wanista maksudkan?
1. Shania Twain
Ya, jelitawan ini tidak mengambil sebarang alkohol mahupun dadah. Malah, Shania Twain merupakan seorang pengamal vegetarian.
2. Blake Lively
Okay, dalam siri Gossip Girl Blake Lively merupakan seorang yang kaki parti tetapi tahukah anda bahawa dia tidak pernah menyentuh sebarang minuman alkohol. No wonder dia kelihatan glowing sentiasa!
3. Jim Carrey
Memegang kata-katanya, “hidup ini lebih cantik dari mengambil minuman keras atau mengambil dadah”.
4. Jennifer Lopez
Menurut J.Lo, dia tidak minum minuman keras kerana ianya tidak baik untuk kulit. Memang masuk akal kerana lihat sahaja penampilannya yang sentiasa nampak muda.
5. Kim Kardashian
Malah, adiknya Khloe Kardashian menjelaskan Kim memang tidak mengambil sebarang minuman alkohol, sama ada ketika mengandung atau tidak, Kim tidak melayan semua itu.
6. Tyra Banks
Supermodel ini sebenarnya sudah mencuba alkohol ketika usia 12 tahun dan sejak itu dia berjanji tidak akan minum minuman itu lagi sehinggalah ke hari ini.
7. Natalie Portman
Salah seorang pelakon kegemaran penulis. Menurutnya, dia lebih sukakan gaya hidup tanpa sebarang minuman yang memabukkan.
8. Kim Cattrall
Cattrall menjelaskan alkohol hanya akan membuatnya sakit kelapa.
9. Jennifer Hudson
Hudson mendakwa dia tidak pernah minum minuman keras sepanjang hidupnya.
10. Russell Brand
Siapa sangka dia sudah kekal sober selama 15 tahun. Syabas!
Hebatkan mereka ni?