Di atas kesalahan melanggar etika dan kontrak yang telah ditetapkan, gelaran ratu cantik Miss Malaysia World 2016/17 yang diberikan kepada Tatiana Kumar Nandha sebelum ini akhirnya ditarik balik.
Pengarah kebangsaan bagi program berkenaan berkata gelaran itu ditarik balik kerana Tatiana dan keluarganya memberikan komen kurang menyenangkan terhadap penganjur di media sosial.
Notis Penarikan Balik Gelaran Miss Malaysia World 2016/17 Terhadap Tatiana Nandha
“Terdapat formaliti tertentu dan dia melanggar salah satu melibatkan penaja penting.
“Ini menyebabkan kontraknya ditamatkan,” jelas Datuk Anna Lim
Berikutan penarikan balik mengejut ini, pemenang tempat kedua Shweta Sekhon, 19, telah diumum sebagai Miss Malaysia World 2016/17 yang baharu.
Shweta Sekhon Yang Kini Merupakan Miss Malaysia World 2016/17 Yang Baharu
Tatiana, 19, meraih gelaran itu pada Ogos lepas dan mewakili Malaysia di pentas akhir yang diadakan di Maryland, Amerika Syarikat pada Disember lepas.
Bapa kepada Titiana telah mengesahkan status anaknya yang telah dilucutkan itu namun Titiana sendiri masih berkeras bahawa dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.