Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Video “My Boyfriend Does My Makeup” Ni Buat Semua Gadis Teringin Nak Ada Teman Lelaki Pandai Mekap

by Afiqah Syamin
March 6, 2017
Sumber: instagram.com/cateyesnthighs

Sumber: instagram.com/cateyesnthighs

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kalau hendak diikutkan, lelaki memang jarang nak ambil tahu pasal hal kecantikan wanita. Lebih-lebih lagi bab solek-menyolek ni.

Cuba tanya teman lelaki atau suami kalian perbezaan antara bedak asas foundation dengan BB Cream, apa agaknya jawapan mereka? Sudah tentu mereka akan kata keduanya sama sahaja betul tak? 

Tetapi, lain pula dengan kepakaran lelaki kacak yang seorang ini.

Jade Hydaria, 26, adalah seorang jurusolek telah memuat naik satu rakaman video sejak dua minggu lepas menunjukkan kehandalan teman lelakinya Curt Rendle, 29, membuat solekan pada wajahnya.

Sumber: instagram.com/cateyesnthighs

Video berjudul “MY BOYFRIEND DOES MY MAKEUP CHALLENGE” tersebut telah ditonton lebih 19, 804 kali di laman Youtube.

https://www.youtube.com/watch?v=t0RNbcMQgVA

Jelas Jade, dirinya tidak pernah langsung mengajar teman lelakinya itu cara-cara menyolek sebelum ini namun berasa kagum kerana Curt mampu membuat solekan yang cantik dan kemas biarpun ringkas. Memang hebat untuk seorang laki-laki jika mampu melakukan solekan sebegitu.

Rakaman video tersebut memaparkan Curt membuat solekan penuh pada wajah teman wanitanya yang dimulakan dengan solekan kening sebelum beralih pada bahagian kelopak mata, pipi dan bibir.

Curt yang sebenarnya seorang pemuzik rock berjaya menunjukkan bakatnya dalam solekan apabila bijak menggunakan serbuk berkilau (highlighter) pada bahagian bawah tulang kening serta menggunakan rona gelap sebagai pembayang mata pada bahagian lipatan kelopak mata (crease) untuk mewujudkan satu definisi lebih mengancam.

Curt juga tidak ketinggalan menyapu rata bedak asas pada keseluruhan wajah jade sebelum mewarnai pipi wanita kesayangannya dengan pemerah pipi.

Sumber: instagram.com/cateyesnthighs

Oleh sebab sifat romantis Curt yang bijak bermain solekan sekaligus merubah wajah teman wanitanya yang pucat menjadi jelita, dia kini meraih populariti mendadak daripada netizen atas talian. Ramai yang kagum dan ‘cair’… raami meluahkan perasaan mengimpikan teman lelaki seperti Curt.

Sebelum ini, rata-rata video rakaman “My Boyfriend Does My Makeup” oleh para Youtuber lain kebanyakannya tidak begitu memberangsangkan kerana teman lelaki mereka selalunya akan menghasilkan solekan yang comot. Tetapi hasil yang dilakukan oleh Curt ini cukup untuk mengangkatnya sebagai seorang lelaki yang budiman dan ‘genius’ mencuri hati kekasihnya.

Sumber: instagram.com/cateyesnthighs

Hmm… jadi ada sesiapa teringin hendak teman lelaki yang pandai menyolek perempuan seperti ini?

Pssttt! Datuk Aliff Syukri pun pandai solek isteri juga… 😛

SUMBER

Tags: beritacinta perhubunganisu semasakecantikanmekapMUATeman Lelaki Pandai Buat SolekanVideo My Boyfriend Does My Makeupvideo viralviral
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Editorialist
Kecantikan

Pakai Lipstick Nude Macam Ini Agar Tak Nampak Pucat

by IamLisa
May 20, 2022
0

Siapa dekat sini sukakan gincu nude berbanding rona yang lain? Dalam melakukan aktiviti seharian, gincu bibir nude menjadi produk mekap yang...

Baca Lagi
Foto - meeth
Kecantikan

Eksklusif: meeth, Kosmetik Mewah Dari Jepun Dibuat Untuk Para Ibu

by IamLisa
May 20, 2022
0

Kamu sedang bekerja di rumah atau pejabat? Memandangkan kita beransur-ansur mula kembali ke tempat kerja, tetapi masih ada kaum ibu...

Baca Lagi
Foto - Vogue
Kecantikan

Semangkuk Ais Jadi Rutin Kecantikan Bella Hadid, Apa Kebaikannya?

by Opie Azizlan
May 19, 2022
0

"Saya panggil teknik ini sebagai 'Ice Bath'"- supermodel Bella Hadid. Jika anda tertanya-tanya sama ada teknik ini berbaloi atau patut...

Baca Lagi
Foto - Healthline
Kecantikan

5 Skincare Berasaskan Teh Hijau, Bahan Superhero Untuk Jerawat Hingga Anti-Penuaan

by IamLisa
May 19, 2022
0

Teh hijau bukan sahaja selamat untuk minum setiap hari, tetapi juga selamat untuk menggunakannya dalam rutin penjagaan kulit harian. Dikenali...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.