Samsung Malaysia Electronics baru-baru ini telah menguntai kerjasama dengan beberapa agensi bank terkemua tanah air termasuk Maybank, CIMB, Citibank, dan Standard Chartered untuk memperkenalkan satu sistem pembayaran baharu yang membolehkan semua pengguna telefon pintar Samsung terkini memanfaatkan perkhidmatan mudah alih tanpa sentuh, Samsung Pay.
Samsung Pay diperkenalkan seiring dengan gaya hidup masyarakat masa kini yang gemarkan sesuatu yang ringkas dan efisyen. Sistem pembayaran ini tidak memerlukan pemilik telefon pintar Samsung yang mempunyai aplikasi Samsung Pay menggunakan tunai atau kad ketika membeli sebaliknya hanya perlu mendaftarkan nombor kad debit atau kredit mereka di dalam sistem Samsung Pay yang kemudian boleh diimbas di lebih 90 peratus para peniaga dan gedung di seluruh Malaysia.
Tonton Video Tutorial Cara Mendaftar Samsung Pay
Secara amnya, Samsung Pay adalah sejenis sistem pembayaran tanpa tunai mahupun kad bayaran secara fizikal kerana maklumat kad debit dan kad kredit anda itu telah dipindahkan ke dalam telefon pintar Samsung yang kemudiannya boleh diimbas pada mesin-mesin bayaran di kedai.
Walau bagaimanapun buat masa ini, khidmat Samsung Pay hanya boleh dimanfaatkan oleh para pengguna yang memiliki telefon pintar Samsung siri S7, S7 Edge, S6 Edge+, Note 5, Galaxy A5 (2016/2017) and Galaxy A7 (2016/2017).
Jenis Kad Bayaran Yang Disokong |
Credit | Debit | Prabayar | |
CIMB |
Mastercard |
√ |
||
Citibank |
Mastercard IKLAN |
√ | ||
Visa |
√ |
|||
Maybank | Visa | √ | √ |
√ |
Standard Chartered |
Mastercard | √ | ||
Visa |
√ |
|||
Hong Leong |
Akan Datang |
Sekarang nikmati saat membeli-belah tanpa perlu menggunakan tunai mahupun mengimbas kad kredit atau debit yang sebenarnya kurang selamat.
Tonton Komersial Ciri-Ciri Keselamatan Samsung Pay
Samsung Pay dilengkapi ciri-ciri keselamatan optimum kerana hanya cap jari pemilik telefon berkenaan sahaja boleh mengakses segala maklumat dalam aplikasi Samsung Pay tersebut.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.samsung.com/my/samsungpay] atau lawat laman Facebook Samsung Malaysia di [www.facebook.com/samsungmalaysia]