Hebahan buat semua, IKEA Malaysia bakal anjurkan promosi hebat awal bulan depan!
Berlangsung dari 2 hingga 19 Mac akan datang di IKEA Damansara dan IKEA Cheras, jangan lupa bawa keluarga dan rakan-rakan untuk membeli-belah pada harga yang sangat berbaloi!
Terdapat pelbagai pilihan barangan yang menawarkan harga lebih rendah dan menjimatkan. Inilah masa terbaik anda menukar perabot serta perkakas rumah yang lama.
Dari perhiasan, kabinet, lampu, sofa, perkakas dapur sehinggalah kepada kelengkapan bilik tidur dan taman, semuanya ada di gedung pembekal kelengkapan rumah IKEA.
Di samping itu, pelanggan yang dikasihi juga berpeluang mendaftar untuk menjadi sebahagian keluarga IKEA FAMILY secara percuma! Jangan ketinggalan peluang untuk mendaftar kerana IKEA bakal anjurkan jualan murah khas untuk para ahli IKEA FAMILY pada 1 Mac nanti.
Gedung akan dibuka pada jam 9.30 pagi hingga 10.00 malam, hanya untuk ahli IKEA FAMILY membeli-belah sakan pada harga yang sangat murah jauh berbeza dari harga asal barangan.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [IKEA.my/FAMILY/preview]. Pendaftaran sebagai ahli boleh dibuat di kiosk IKEA Family (dalam gedung IKEA) mahupun dilakukan secara atas talian di [IKEA.my/FAMILY/register].