Memiliki wajah kacak, Ning Zetao ternyata mampu membuat hati peminatnya cair, dan kehebatan pesona perenang tersebut turut ada pada fizikal tubuhnya yang hebat.
Lihat sahaja gambar di bawah.

Terkini, Ning dilaporkan telah dibuang pasukan kebangsaan China. Kenapa?
Laporan menjelaskan pemuda 23 tahun itu telah menandatangi satu perjanjian penajaan yang tidak dibenarkan apatah lagi melanggar peraturan yang ditetapkan.
Menurut Shanghaiist, Ning telah didakwa dengan tiga pelanggaran, gagal untuk mematuhi pertandingan pasukan kebangsaan, enggan untuk mengambil bahagian dalam acara relay dan menjadi jurucakap yang tidak dibenarkan sama sekali.
Difahamkan, atlet negara China adalah dilarang daripada menandatangani perjanjian iklan tanpa kelulusan daripada pasukan mereka.
Pada bulan Januari, Ning telah menandatangani 10 juta yuan (lebih daripada $ 1.4 juta) perjanjian tajaan dengan Adidas, yang bertentangan dengan penaja rasmi pasukan itu 361 Degrees.
Lepas ini bolehlah jadi model. Confirm laku!