Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Acara

Lisa Surihani Kini Duta Global Baharu Untuk Unicef Malaysia

by Afiqah Syamin
February 23, 2017
Foto -Harian Metro/NSTP/Nurul Syazana Rose Razman.

Foto -Harian Metro/NSTP/Nurul Syazana Rose Razman.

16
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kelmarin Lisa Surihani secara rasmi telah diumumkan sebagai Duta Global baharu untuk UNICEF Malaysia. Beliau dipilih sebagai salah satu keluarga besar dalam badan bukan keuntungan yang membela nasib kanak-kanak di seluruh dunia itu untuk menyuarakan idea, mendidik serta menyebarkan kesedaran kepada masyarakat Malaysia tentang isu perihal hak kepentingan kanak-kanak.

Dalam rangka kerja sebagai Duta Global, Lisa secara fizikalnya akan terbabit dalam mempromosikan serta menyuarakan hak kanak-kanak di Malaysia dalam dan luar negara menerusi beberapa siri kempen dan pelbagai lagi inisiatif lain yang dianjurkan UNICEF Malaysia. Sokongan dan usaha yang akan dilakukan Lisa adalah termasuk memerangi kekejaman dan penganiayaan kanak-kanak, integrasi dengan kanak-kanak kurang upaya, memperbaiki isu keselamatan penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak malah berkenaan pendidikan awal kanak-kanak.

https://www.instagram.com/p/BQw_T6QDrFP/?taken-by=wanistadotcom

Wakil UNICEF di Malaysia, Marianne Clark-Hattingh pula berkata, Lisa adalah seorang individu yang berkredibiliti dan sesuai memegang peranan ini sebagai Duta Global UNICEF Malaysia. “Minatnya terhadap hak kanak-kanak, personalitinya yang ramah dan mesra itu pasti mudah diterima masyarakat”.

https://www.instagram.com/p/BQxPLUXjDj3/?taken-by=wanistadotcom

Sejak 1954, UNICEF telah bekerjasama rapat dengan pihak Kerajaan untuk membanteras pelbagai isu negatif yang bercanggah dengan hak kepentingan kanak-kanak dan kini UNICEF pastinya akan meneruskan usaha untuk menambah baik kualiti kehidupan kanak-kanak di seluruh dunia dengan mengambil kira aspek keperluan asas mereka dari segi fizikal dan mental termasuklah pendidikan, kesihatan, nutrisi dan lain-lain.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.unicef.org/malaysia

FILED UNDER acaraHak Kepentingan Kanak-KanakLisa Mahu Bersuara Untuk Kanak-Kanak TempatanLisa Surihani. Lisa Surihani Jadi Duta Global Unicef MalaysiaSuara Hati Kanak-KanakunicefUnicef For Every ChildUnicef For Every Child In MalaysiaUNICEF Malaysia
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.