Berdasarkan analisis jangka hayat di 35 negara perindustrian yang dijalankan Imperial College London dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) meramalkan, rakyat Korea Selatan akan hidup lebih lama pada tahun 2030.
Kajian tersebut menerima keputusan iaitu wanita Korea Selatan bakal menjadi golongan pertama di dunia yang mempunyai purata jangka hayat melebihi 90 tahun.
Malah, jurang antara lelaki dan wanita juga akan semakin mengecil di kebanyakan negara.
Penyelidik, Prof Majid Ezzati berkata, penemuan itu dilihat akan memberi cabaran besar dari segi pencen dan penjagaan untuk orang tua.
“Rakyat Korea Selatan sedang menuju ke arah itu. Setakat ini, mereka mengendalikan penyakit tekanan darah tinggi dengan sangat baik dan mempunyai kadar obesiti paling rendah di dunia,” jelasnya.
Data tersebut turut meramalkan bahawa Jepun yang selama ini dikaitkan dengan umur panjang akan jatuh dalam kedudukan global dan dirampas Seoul serta Perancis.