Pernah tak anda rasa macam dah penat nak bersolek? Bangun pagi dah kena mulakan dengan menambah pelbagai jenis produk pada kulit kesayangan anda. Bedak itu, bedak ini, warna itu dan warna ini. Sampai satu tahap muka ini dah macam badut dibuatnya!
Terkenang zaman kanak-kanak yang kita tak perlu fikir untuk menancap wajah bila mahu keluar rumah. Tapi itu zaman kanak-kanak bolehlah, kulit muka masa itu belum ada jerawat, parut, bintik hitam putih lagi. Siapa kata sekarang pun tak boleh cantik tanpa bersolek?
Boleh! Jika anda berdisiplin dengan 10 tips cantik dari kami kali ini. Ini dia perkara yang perlu amalkan:-
1. Positif dan Senyum
Mulakan dari dalam diri lagi, sentiasakan amalkan senyum pagi setiap kali bangun dari tidur. Lihat wajah anda dicermin dan senyum lah seperti anda pertama kali dilamun cinta. Tahukah senyuman merangsang aura positif dan gembira.
2. Jaga Kebersihan
Untuk mendapatkan kulit muka yang sihat dan bersih, kebersihan wajib diutamakan. Berus solek, tuala, meja solek, cadar, bantal dan selimut hendaklah sentiasa dibersihkan sekurang-kurang dua minggu sekali. Bakteria yang menyebabkan jerawat dimuka anda datangnya dari situlah!
3. Rapikan Bahagian Kening dan Buang Bulu Muka
Laburkan sedikit wang untuk mendapatkan teknik kecantikan secara profesional. Rapikan bulu kening yang serabut dan bulu-bulu halus diatas bibir itu. Kening yang terletak merupakan bingkai wajah yang sempurna. Bila dibuang sekali bulu halus dibibir baru boleh panggil wanita sejati yang sempurna.
4. Pastikan Gigi Sentiasa Bersih dan Putih
Bagi yang dah ikut tips nombor satu jangan lupa aset untuk mendapatkan senyum yang manis lahir dari gigi yang bersih dan putih. Walaupun muka anda tanpa secalit solekan, gigi yang putih bersih menjadi daya penarik diri seseorang kelihatan yakin sepanjang masa.
5. Jauhi Tangan Dari Muka
Tabiat tangan menyentuh muka sudah menjadi kebiasaan semua orang bukan? Ada sahaja ingin memicit jerawat, meraup muka tanpa sebab dan meletakkan tangan di pipi. Semua tabiat ini menyebabkan bakteria ditangan beralih ke kulit muka dan hasilnya jerawat mula timbul.
6. Sentiasa Cuci Muka
Bila penat seharian di pejabat, turutkan hati mahu sahaja terus ke katil malas nak cuci muka yang berminyak dan kusam akibat terdedah pelbagai kotoran. Kotoran yang melekap dimuka punca utama kulit bermasalah. Jadikan rutin cuci muka rejim utama sebelum tidur, cuci muka anda dengan air suam dan pencuci yang sesuai.
7. Amalkan Penjagaan Muka Yang Berkualiti
Setelah mencuci muka, jangan biarkan kulit anda tidak mendapatkan manfaat dari kebaikan produk penjagaan kulit. Pastikan ianya berkualiti dan memperbaiki dari dalam kulit. Wanista mengesyorkan produk penjagaan kulit dari Olay.
Pilih pelembab muka dari Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream merupakan inovasi teknologi kecantikan terkini membina semula keanjalan kulit dan membaiki garis-garis halus dimuka.
Dapatkan sapuan krim pagi dengan krim Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream sebagai rawatan intensif anti-penuaan yang selamat untuk sepanjang hari. Manakala disebelah malam gunakan krim malam Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream bersama-sama serum Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence untuk hasil yang lebih unggul.
Percaya atau tidak, dengan tiga produk ini anda boleh dapatkan kulit yang berseri dan memukau tanpa solekan pun kerana ia merawat kulit dari dalam sehingga luar dengan keberkesanan yang sempurna.
8. Ambil Makanan Tinggi Anti-oksida dan Vitamin C
Sebelum ini anda tutup garis-garis halus di muka dengan solekan, cuba kali ini anda hilangkannya pula dengan mengamalkan pemakanan dari buah-buahan atau sayuran yang mempunyai anti-oksida dan vitamin C. Ia merupakan serum utama memperbaiki, menganjalkan, menegangkan kulit secara semulajadi.
9. Kurangkan Aktiviti Dibawah Panas Matahari
Cahaya matahari menghasilkan Vitamin D pada kulit, namun jika terlalu terdedah pada cahaya matahari yang terik ia boleh merosakkan kulit anda. Pastikan anda memakai krim sunblock atau cermin mata hitam setiap kali menghadiri aktiviti luar bangunan.
10. Pakai pakaian warna terang dan segar
Rahsia mendapatkan wajah yang cantik bukan sahaja tertumpu pada bahagian itu. Memakai pakaian berwarna terang seperti merah, oren atau hijau boleh menarik mata si pemerhati melihat anda sebagai orang mempunyai daya tarikan tersendiri.
Ingat yang paling penting disiplin anda dalam menjalankan 10 tips di atas! Mudah jadi cantik tanpa bersolek ini, jika anda juga tidak terlepas mendapatkan produk Olay.
Pelbagai lagi info Olay di https://www.everydayme.com.my/tag/olay. Kongsikan kecantikan semulajadi anda bersama kami dengan hashtag #OlayMalaysia #MiracleDuo.