Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Serendah RM2,899 Pergi Balik Ke Jeddah Dengan Malindo Air

by Afiqah Syamin
February 22, 2017
Sumber: hulaa.com

Sumber: hulaa.com

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Berita baik buat individu yang berniat mahu ke Tanah Arab, Malindo Air baru-baru ini melancarkan laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah, Arab Saudi, dengan singgahan sejam di Ahmedabad, India.

Malindo Air berkata, tambang promosi pengenalan (pergi balik terangkum) bagi penerbangan itu bermula daripada RM3,999 bagi kelas perniagaan dan RM2,899 bagi kelas ekonomi.

Syarikat penerbangan itu berkata ia akan terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Aziz, Jeddah, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dua kali seminggu bermula hari ini sehingga 25 Mac, 2017. 

Jeddah. Sumber: tourist-destinations.com

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Murthy berkata, pembukaan laluan baharu ke Jeddah itu adalah untuk memasuki pintu masuk utama ke kota suci Arab Saudi, Mekah dan Madinah.

“Ia akan menyediakan satu lagi pilihan mampu milik bagi pelanggan beragama Islam kami untuk menunaikan umrah dan haji,” katanya. 

Chandran berkata Malindo Air yakin dengan sambutan terhadap laluan ini. 

“Kami telahpun mempunyai rancangan untuk meningkatkan kekerapan kami daripada dua kali kepada empat kali seminggu dan penerbangan setiap hari semasa bulan Ramadan,” katanya. ― Bernama

SUMBER

Tags: arab saudiberitaisu semasakembaramalindo airMalindo Air Lancar Laluan Penerbangan Baharu dari Kuala Lumpur Ke Jeddahmalindo Air Tawar Penerbangan Ke JeddahSyarikat Penerbangan Di Malaysiatravel
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Booking
Kembara

“Ish, Flight Delay Pula?!”- Tak Payah Tidur Di Lantai Atau Kaki Lima, Jom Check-In Di Capsule Transit KLIA2!

by Opie Azizlan
December 29, 2021
0

Penulis percaya bila lama sangat tunggu penerbangan yang ditangguhkan atau penerbangan pagi, ramai yang akan menghabiskan masanya di lapangan terbang....

Baca Lagi
Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Opie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.