Tiada apa yang lebih mengecewakan untuk mengetahui sebenarnya tubuh badan anda tidaklah selangsing seperti yang dilihat dalam cermin.
Keadaan itu telah memberi idea kepada seorang wanita Rusia ini untuk melakukan satu ujian teori bagi melihat persamaan serta perbezaan biasan cermin bilik persalinan di beberapa buah gedung fesyen terkemuka.
Antara gedung yang terlibat adalah H&M, Mango, Zara dan lain-lain.
Dalam setiap foto yang dirakam di hadapan cermin, blogger yang bernama Inna ini telah memakai pakaian yang sama namun ada hasil gambar yang ternyata memberi ‘harapan palsu’ kerana beberapa cermin di bilik-bilik persalinan berkenaan menampakkan tubuh lebih langsing dan lampai, jauh menyimpang daripada realiti.
Tidak hairanlah jika bilik persalinan yang digunakan pelanggan rata-ratanya dilengkapi cermin dan sistem yang bisa membuatkan ramai berasa teruja kala melihat diri bergaya sakan. Langsung, pasti membuat keputusan untuk membeli pakaian tersebut kerana kelihatan cantik dan sempurna pada tubuh.
Kata pakar, perniagaan yang bijak akan menggunakan helah secara halus sebegitu untuk melakukan produk mereka. Ini termasuklah menggunakan cermin berlapis yang diterbalikan demi menampakkan tubuh objek sedikit lampai dan kelihatan kurus. Manakala teknik pencahayaan yang dibekalkan pula akan menggunakan cahaya rona oren samar-samar agar kompleksi wajah terlihat lebih halus dan berseri.
Kesimpulannya, jenis cermin dan teknik pencahyaan bisa merubah rupa sebenar seseorang. Oleh itu hati-hati agar tidka terpedaya okay?