Seperti biasa, acap kali tahun baru, kita semua pasti gigih membuat senarai resolusi bagi menetapkan target yang mahu dicapai untuk tahun tersebut. Senang kata, ada yang berazam nekad menurunkan berat badan, pasang niat untuk berkahwin, mahu mengamalkan pemakanan sihat, pergi mengelilingi dunia, tidak kurangnya juga bagi mereka yang berimpian untuk membeli rumah atau kereta sebagai aset persendirian.
Ya, keazaman itu boleh hadir dalam pelbagai cara namun agak sukar sebenarnya untuk memastikan target yang ditetapkan itu tercapai. Untuk itu, berkat usaha gigih yang anda semua sanggup lakukan selama ini, Pharmaton ingin memberi ganjaran kepada mereka yang bersemangat melakukan yang terbaik demi mencapai matlamat yang dikehendaki tahun ini.
Bukan itu sahaja, kempen yang dianjurkan sebegini adalah salah satu inisiatif yang diketengahkan oleh Pharmaton demi menggalakkan rakyat Malaysia mengimbau kembali pencapaian mereka sepanjang tahun lepas sekaligus meraikan usaha keras yang bakal dikerah untuk mencapai hasil terbaik tahun ini.
Seramai 15 orang rakyat Malaysia terpilih akan ditaja oleh Pharmaton. Impian mereka akan direalisasikan menerusi empat bidang pilihan termasuklah Kesihatan, Pembangunan Diri, Kembara atau Memanjakan Diri.
Untuk lebih keterujaan, salah seorang dari 15 pemenang terpilih berpeluang untuk menghabiskan masa dan belajar masak bersama duta Pharmaton yang merupakan chef selebriti popular Sherson Lian!
Kalau berminat, jom sertai peraduan kempen “Reward Your Achievement” oleh Pharmaton. Untuk sertai peraduan, sila ambil borang di mana-mana kedai atau farmasi yang terlibat kemudian nyatakan kurang dari 30 patah perkataan mengapa anda layak untuk menang. Jangan lupa untuk hantar borang pada kotak pengumpulan yang disediakan atau secara mudahnya boleh terus menghantar mesej pesanan WhatsApp ke nombor 017 – 235 2960 untuk menyertai. Individu yang mempunyai sebab dan penerangan berkenaan impian paling kreatif akan menang!
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.member.pharmaton.com.my