Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Kanak-Kanak 7 Tahun Minta Kerja Di Google, Tak Sangka CEO Sundar Pichai Balas Suratnya!

by Afiqah Syamin
February 17, 2017
Chloe bersama bapaya, Andy Bridgewater. Sumber: Andy Bridgewater

Chloe bersama bapaya, Andy Bridgewater. Sumber: Andy Bridgewater

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tidak logik jika seorang kanak-kanak yang baru berusia tujuh tahun memohon bagi mendapatkan perkerjaan, lebih-lebih lagi di syarikat gergasi seperti Google.

Pejabat Google di Dublin. Sumber: home-designing.com
Pejabat Google di Dublin. Sumber: home-designing.com

Namun, seorang kanak-kanak perempuan di Hereford, United Kingdom bertindak di luar kotak dengan menghantar sepucuk surat tulisan tangan untuk memohon kerja di syarikat teknologi multinasional yang khusus mengendalikan servis berkenaan internet, pengkomputeran, carian, teknologi periklanan atas talian, perisian dan perkakasan komputer, Google.

Antara isi surat yang dimuatkan oleh Chloe bagi mendapat pertimbangan majikan adalah bahawa dia pandai membaca, mengeja dan menyelesaikan soalan matematik.

Tulis Chole, “Ayah saya kata saya boleh duduk di atas sofa beg kacang (bean bag), menuruni gelongsor dan memandu go karts jika saya bekerja di Google.

Pejabat Google di Dublin. Sumber: home-designing.com
Gelongsor di pejabat Google. Sumber: Pinterest
Pejabat Google di Dublin. Sumber: home-designing.com

“Saya sukakan komputer,” tambahnya.

“Ayah kata jika saya teruskan belajar dengan baik, saya boleh bekerja di Google,” jelas Chloe lagi.

Sumber: Andy Bridgewater

Dalam surat yang bertarikh 3 Februari, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Google, Sundar Pichai memaklumkan ucapan terima kasih kepada Chloe di atas permohonannya malah menggalakkan kanak-kanak itu untuk terus berusaha lebih gigih. Beliau juga ada menyatakan yang akan sentiasa menantikan surat permohonan kerja daripada Chloe setelah kanak-kanak itu tamat pengajian kelak.

Sumber: Andy Bridgewater

Comel kan?

Untuk pengetahuan semua, minat Chloe terhadap Google ini masih baru lagi. Kata bapanya Andy Bridgewater, ini sebenarnya adalah antara inisiatif untuk memulih dan mengembalikan semangat anak perempuannya itu kerana Chloe pernah terlibat dalam sebuah kemalangan kereta beberapa tahu lalu.

CEO Google, Sundar Pichai. Sumber: Reuters

Kini, berikutan perhatian yang diraih daripada CEO Google sendiri, impian Chloe untuk bekerja di syarikat gah itu suatu hari nanti mungkin akan tercapai dan ia telah menaikkan semangat Chloe untuk belajar lebih tekun mengenai bidang komputer terutamanya.

SUMBER

Tags: Andy BridgewaterberitaCEO Google Sundar PichaiChloe Bridgewatergoogleisu semasaKanak-Kanak 7 Tahun Minta Kerja Di GoogleSundat Pichai Balas Surat Permohonan Kerja Kank-Kanak 7 TahunSurat Tulisan Tangan Kanak-Kanak 7 Tahun Untuk CEO Google
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Opie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Opie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.