Sebelum ini, Wanista pernah mewar-warkan kepada pembaca tentang koleksi kedua aktres dan ikon fesyen Lisa Surihani bersama pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie. [BACA: Si Cantik Lisa Surihani Tampil Koleksi “Lisa Surihani For Jovian 2.0”] bakal menemui peminat rekaan klasik dari Jovian pada Februari 2017.
Bertempat di The Ritz-Cartlon hari yang dinanti telah tiba, Lisa dan Jovian selamat merasmikan koleksi “Lisa Surihani For Jovian 2.0” dengan julung kalinya menampilkan anak perempuan sulung beliau Yahaira Leanne yang juga menjadi inspirasi dalam 20 rekaan koleksi pakaian kanak-kanak.
Koleksi ini merupakan hasil nukilan Lisa sebagai tanda kasih terhadap orang-orang tersayang beliau. Busana raya kali ini disertai dengan nama-nama yang sentiasa dekat dihati beliau termasuklah sahabat-sahabat beliau. Lisa juga sangat teruja diberi peluang kali kedua dalam menghasilkan koleksi terbaru ini bersama Jovian. Setelah menerima sambutan luar biasa pada koleksi yang pertama.
Koleksi “Lisa Surihani For Jovian 2.0” akan berada di www.jovian.com.my/shop pada 18 Februari manakala di gedung membeil-belah talian Zalora.com.my pada 20 Februari.