Biasa dengar kan sekarang teknik contouring, shading dan highlight.
Jika teknik contouring dan shading memberi efek muka kurus dan tirus, bagaimana pula dengan highlight?
Teknik highlight atau highlighting memberi efek bercahaya dan ‘dewy look’
Tapi jaga-jaga, setiap teknik solekan mempunyai helah tersendiri bagi mengelakkan anda kelihatan seperti makeup-loser. Berlebihan dalam pemakaian highlight boleh menyebabkan muka anda seperti berminyak atau memakai bedak glitter.
Wanista kongsikan sudut wajib untuk anda tambahkan highlight pada solekan, jom belajar!
Apa yang anda perlukan?
#1
#2
Bagi solekan ringkas atau harian, ramai yang gemar memilih highlighter kompak seperti dari Stila cosmetics. Ia mudah digunakan dan highlighter ditambah selepas selesai sapuan bedak asas dan contouring.
Highlighter dipakai dibahagian mana?
#1 : hujung bawah kening, memberi efek bentuk kening kelihatan tinggi
#2 : lekuk atas bibir, letakkan sedikit dibahagian tersebut sebelum memakai lipstik. Ia memberi ilusi seksi pada bibir anda.
#3 : inginkan tulang pipi tinggi bak Angelina Jolie? Sapukan highlighter diatas tulang pipi dari luar ke dalam.
#4 : hasil contouring dibahagian lebih ‘hidup’ dengan sapuan nipis highlighter dibahagian atas hidung.
#5 : sama dengan #2 sapukan highlighter dibahagian bawah bibir untuk kesan bibir penuh. Mmuah!
#6 : Sapuan dibahagian ini sama seperti memberi efek tulang pipi tinggi, jadi anda boleh sapukan dari hujung rambut selaras dengan tulang pipi anda.
Sebelum dan Selepas
Mudah sahaja kan? Paling penting anda kena pakai highlighter ini bila bersolek, kalau pakai dengan muka pucat, muka akan nampak berminyak dan ‘tidak siap’.
Stila Heaven’s Hue Highlighter (Kitten)
Antara 4 produk diatas, penulis secara peribadi memilih highlighter dari Stila Cosmetics kod Kitten. Bagi penulis highlighter ini sesuai untuk semua warna kulit dan meninggalkan hasil semulajadi.
Selain itu, tekstur highlighter ini sangat nipis dan halus bila disapu di kulit.
Kalau anda baru nak mencuba teknik highlighting, penulis cadangkan guna highlighter dari Stila Cosmetics kod Kitten ini ya!
Dapatkan Stila Heaven’s Hue Highlighter (Kitten) di butik Sephora Malaysia seluruh negara sempena Sephora Spring 2017.