Serba-salah dibuatnya jika dalam memilih warna tema untuk majlis perkahwinan, semuanya cantik! Sebelun ini Wanista ada kongsikan warna tema perkahwinan 2017 di artikel ini ‘#EdisiKahwin – 7 Idea Warna Pilihan Untuk Tahun 2017’ . Jadi selesai satu kerungsingan dalam memilih warna untuk tema.
Tapi..tapi..bagaimana pula dengan anda yang bakal berkahwin dalam majlis serba ringkas? Maksud penulis untuk anda dan pasangan yang tidak mahu mengeluarkan banyak kos untuk pelamin, tema dan pelbagai kelengkapan pengantin. Cukuplah hidangan jamuan yang enak untuk tetamu dan sepersalinan nikah dan sanding untuk bergambar.
Jika anda sudah mukatamad dengan keputusan itu, Wanista menadah tangan berkongsi dengan pembaca untuk memilih 7 warna baju persandingan untuk hari bahagia anda. 7 warna ini boleh dikatakan tidak akan lapuk dan masih menjadi trend kebanyakan pengantin.
Tips dari penulis:
- Pastikan desin baju juga up-to-date! Jika nak play safe, pilih baju dari kain songket atau kebaya moden.
- 7 warna yang dipilih ini sesuai dengan latar belakang pelamin serba putih.
- Berkulit gelap hingga cerah tak usah risau, 7 warna ini adalah warna selamat!
#1 Royal Blue : Warna biru pekat ini beri penampilan moden dan mewah pada pengantin. Buat pengantin yang garang boleh guna warna merah untuk konsep colour-block!
#2 Hijau Zamrud : Anda berkulit gelap tapi ingin berbusana warna hijau? Warna hijau zamrud paling sesuai untuk yang berkulit gelap. Ia tidak memberi refleksi terlalu gelap atau cerah bila didalam gambar.
#3 Merah Jambu : Siapa pun tak akan pernah jemu dengan warna romantis si merah jambu. Bagi yang ingin menjaga bajet dan kreatif, anda boleh ubah satu persalinan nikah kepada persandingan dengan busana warna pink ini! Untuk pengantin lelaki tukarkan songkok kepada tengkolok dan pengantin perempuan pula tambahkan veil dan tiara.
#4 Ungu : Warna yang pernah menjadi fenomena pengantin pada awal 2000 tapi sehingga kini ia masih menjadi tona utama dalam majlis perkahwinan. Untuk efek tradisional, anda boleh menyarung busana berwarna ungu dengan tambahan rona emas.
#5 Kuning Diraja : Warna ‘tradisional’ dan tidak pernah membosankan. Biasanya pengantin perempuan akan diberi solekan nipis dengan sapuan lipstik merah.
#6 Maroon : Jika anda ingin mengekalkan ciri tradisional tapi masih lagi mahu kelihatan moden. Anda boleh pilih baju songket berwarna maroon. Rona maroon sesuai untuk anda menggantikan sepersalinan warna merah. Nak garang waktu majlis dah kenapa?
#7 Coklat : Warna coklat jarang sekali pengantin memakainya, anda mempunyai banyak pilihan desin baju pengantin kebaya dan songket yang menarik dari warna coklat.
Seleksis 7 warna di atas adalah pendapat peribadi penulis yang boleh dijadikan inspirasi kepada pembaca. Jadi warna yang mana satu mengetuk pintu hati anda?