Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Conscious Exclusive ’17: H&M Hasilkan Gaun Beropol Romantis Dari Bahan Buangan Plastik Di Laut

by Afiqah Syamin
February 10, 2017
Natalia Vodianova wajah untuk kempen H&M Conscious Exclusive 2017. Foto -Arkib Wanista

Natalia Vodianova wajah untuk kempen H&M Conscious Exclusive 2017. Foto -Arkib Wanista

6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sebagai jenama peneraju fesyen terkemuka di dunia, H&M sentiasa peka dengan kepentingan untuk menjaga kesejahteraan alam semula jadi.

Untuk pengetahuan umum, sejak 2015 kebanyakan pakaian yang dikeluarkan H&M adalah 20% diperbuat daripada material yang dikitar semula seperti poliester BIONIC® sekaligus diiktiraf sebagai pembeli kapas organik paling banyak.

Beg ‘ jaring ikan’ yang turut memanfaatkan bahan buangan kitar semula. Foto -Arkib Wanista

Seperti musim-musim yang lepas, H&M sering tampil mengetengahkan inisiatif kempen kesedaran mengenai kebersihan dan kesejahteraan laut dan dalam masa yang sama untuk mendidik masyarakat dunia mengenai kitar semula.

Sebagai permulaan baru yang hebat untuk tahun 2017 ini, H&M memperkenalkan koleksi Conscious Exclusive yang berlandaskan sinergi kelestarian serta gaya.

Ilustrasi dress plissé beropol (kiri) di samping rekaan yang telah siap sepenuhnya, merupakan helaian utama untuk koleksi H&M Concious Exclusive ’17. Foto -Arkib Wanista

Setiap satu rekaan dalam koleksi unik ini memanfaatkan penggunaan material dari bahan kitar semula BIONIC® iaitu sejenis poliester yang diperbuat dari plastik buangan dikutip dari pesisir pantai.

Tidak ketinggalan, himpunan lengkap untuk Conscious Exclusive 2017 turut merangkumi koleksi pakaian kanak-kanak buat julung kalinya di samping pakaian formal santai bagi lelaki dan wanita. Kesemua helaian koleksi kempen ini boleh mula dibeli dari 160 buah cawangan H&M seluruh negara menjelang 20 April akan datang.

Natalia Vodianova menggayakan dress plissé rona pic yang diperbuat dari material poliester BIONIC® untuk videon kempen H&M Conscious Exclusive 2017. Foto -Arkib Wanista

Supermodel Natalia Vodianova pula secara rasminya telah dipilih untuk membintangi kempen H&M Conscious Exclusive tahun ini.

Untuk keterangan lanjut mengenai projek murni Concious Exclusive oleh H&M ini, sila layari [about.hm.com/en/sustainability.html].

Tags: Bahan Buangan Dari LautBIONIC®Corporate Social ResponsibilityCSRDress BerlisuDress BeropolDress PlisséfesyenH&M Conscious Exclusive 2017H&M Manfaat Bahan Buangan Dari Laut Hasilkan Dress CantikInisiatif Tanggungjawab Sosial KorporatKempen Kesedaran H&MNatalia Vodianova Wajah Kempen H&M Conscious Exclusive 2017Supermodel Natalia Vodianova
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Times of India
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

by Sofie Azizlan
February 16, 2021
0

Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat? Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan...

Baca Lagi
Foto - Smita Tandon, MD
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

by Sofie Azizlan
December 23, 2020
0

Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa...

Baca Lagi
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

by Sofie Azizlan
October 28, 2020
0

Memakai bikini tidak menjadi penghalang bagi wanita yang berusia 40 tahun dan lebih untuk kelihatan bergaya ketika memakainya. Jangan silap,...

Baca Lagi
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

by Sofie Azizlan
October 27, 2020
0

Diasaskan pada tahun 2018, Cindertoella adalah sebuah jenama fesyen dan perhiasan buatan Malaysia yang diasakan oleh dua orang usahawan wanita....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.