Rancangan sensasi dalam pencarian model bertaraf dunia kini kembali dengan musim baharu!
Asia’s Next Top Model Musim Ke-5 telah pun memilih 14 gadis berbakat dari negara seluruh Asia antaranya Filipina, Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Taiwan. Peserta bakal mengharungi cabaran dunia sebenar modelling sebelum salah seorang dari mereka dinobatkan sebagai Asia’s Next Top Model.
Musim Ke-5 bakal menceritakan pelbagai kisah menarik dan dorongan motivasi dari setiap peserta. Lebih menarik lagi, buat pertama kali peserta pasangan kembar berasal dari Indonesia, Valeria dan Veronika menyaingi diri masing-masing.
Tidak ketinggalan dua peserta jelita Shikin Gomez dan Alicia Amin dari Malaysia yang juga tidak akan berputus dalam menonjolkan kehebatan dan sisi peribadi untuk mencipta nama sebagai seorang model.
Shikin Gomez meletakkan dirinya sebagai seorang yang wanita alaf baru yang berjuang untuk mencapai impian sebagai seorang model walaupun berasal dari keluarga tradisional. Dia percaya dengan menyertai AsNTM bakal mengubah dirinya sebenar dan meluaskan pandangan dalam dunia fesyen.
Manakala Alicia Amin pula yang dahulu ingin menjadi seorang peguam atau doktor kini berubah angin mencabar dirinya menuntut dalam AsNTM. Pernah bekerja sambilan sebagai pelayan bar dan modelling di Malaysia dan Melbourne, banyak memberi pengalaman dan membentuk sifat keyakinan pada Alicia.
Dapatkah dua gadis negara ini menandingi lagi 12 gadis berbakat yang lain?
Saksikan Asia’s Next Top Model Musim Ke-5 di StarWorld, Astro CH 711 dan 722 HD bermula 5 April 2017.
Anda juga boleh mengenali peserta lebih dekat dengan mengikuti perkembangan mereka melalui http://www.asntm.com/ , Facebook, Twitter dan Instagram.