Musim hujan Lady Gaga kini berakhir dengan semarak bunga api cinta yang baharu!
Dikhabarkan penyanyi ‘Bad Romance’ itu sedang hangat bercinta dengan jejaka Christian Carino merupakan ejennya sendiri.
Secara eksklusif, Lady Gaga dan Christian dilihat mencium mesra dipipi dan merakam gambar bersama sebelum konsert Super Bowl LI pada Ahad lalu di Stadium NRG Houston.

Mereka juga dikatakan menghadiri pertunjukan fesyen Tommy Hilfiger di Venice, California bersama-sama pada Rabu.
Gaga yang sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Taylor Kinney pada Februari 2015 tapi berpisah pada Julai 2016 atas alasan masing-masing sibuk dengan urusan kerjaya.
Christian Carino bekerja sebagai ejen dan ahli perniagaan yang berjaya dalam bidang hiburan. Dia pernah bekerjasama dengan penyanyi Hollywood ternama seperti Justin Bieber, Christina Aguilera, Jennifer Lopez dan Miley Cyrus.