Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Duit Maybank Hilang RM36 Juta, Ini Kes ‘Songlap’ Terbesar Di Malaysia!

by Izzah Azizah
February 10, 2017
Suspek yang dituduh. Foto - www.mynewshub.cc

Suspek yang dituduh. Foto - www.mynewshub.cc

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Aktiviti curi 24 individu termasuk 13 sekeluarga akhirnya dihidu juga selepas mencuri RM36 juta dari sebuah bank terkemuka negara. 

Kesemua suspek terbabit didakwa atas menyalahgunakan wang milik Maybank Islamic Berhad di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam. 

Bagaimanapun, kesemua tertuduh yang berusia 23 hingga 62 tahun itu masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Mereka ialah Baharuddin Selamat, 61; Zulhilmi Mat [email protected], 34; Shafii Ismail, 44; Mohd. Azhar Baharom, 33; Hamsah Selamat, 59; Hairol Azali Mohd. Yusof, 43; Nor Azuan Shafie, 41; Nur Jamaaton Baharuddin, 27; Noraishah Nasarudin, 28; dan Nor Ashikin Nasarudin, 33.

Turut dituduh ialah Noorasmahwati Nasarudin, 37; Salisa Essah, 38; Norsyahira Fazira Hamzah, 23; Norhayati Mohd. Nor, 46; Nasarudin Ali, 62; Zulfieka Fareez Hamsah, 28; Alias Mohamad, 55; Ahmad Shazni Mat Hassan, 34; Hasril Hassan, 43; Mohd. Hezzam Arfadli Mat Hassan, 39; Mohd. Najib Khamis, 40; Hafiz Dahlan, 37; Mohd. Azmi Md. Ishak, 38, dan Harun Mohd. Yusof, 32.

Difahamkan, penyalahgunaan wang itu dilakukan menerusi manipulasi sistem perbankan dalam talian.

Media tempatan melaporkan, 24 individu tersebut didakwa mencuri melalui kaedah transaksi yang memasukkan wang ke dalam akaun Maybank masing-masing dengan jumlah di antara RM9,894.86 hingga RM4,567,683.26.

Kesalahan tersebut dilakukan antara bulan Oktober 2014 dan Januari 2015 di beberapa cawangan Maybank termasuk Menara Maybank di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu, 11 daripada mereka turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM2.5 juta.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, mereka didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai aktiviti atau RM5 juta.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan sebelum menetapkan 3 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Kes ‘songlap’ ini dianggap antara kes yang paling besar di Malaysia!

SUMBER

Tags: berita dan isu semasaDuit Maybank Hilang RM36 Juta Ini Kes 'Songlap' Terbesar Di Malaysia!jenayahKes CurimaybankMaybank Malaysia
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Sofie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Sofie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Sofie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Sofie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.