Romantiknya! Shuib Tunai Impian Isteri Naik Pelamin

Selepas enam tahun melayari hidup berumah tangga, pasangan artis Shuib Sepahtu dan isterinya, Siti Sarah Raisuddin akan bersanding buat kali pertama pada 26 Februari ini.

Majlis persandingan dan resepsi tersebut sekali gus dibuat bersempena dengan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke enam selepas disatukan pada 26 Februari 2011.

https://www.instagram.com/p/BQNO6nRlG1G/?taken-by=sitisarahraissuddin&hl=en

Menurut Shuib, keputusan untuk bersanding tersebut dibuat sebagai menghargai Siti Sarah yang selama ini setia bersamanya dalam keadaan susah dan senang. 

“Waktu kami kahwin enam tahun lepas, saya tidak cukup wang untuk majlis kenduri dan bersanding. Yang saya mampu buat hanyalah majlis akad nikah.”

“Justeru apabila sudah punya wang sedikit, saya mahu tunaikan janji saya kepada Sarah untuk mengadakan majlis persandingan. Walaupun mungkin agak lewat dan sudah punya tiga anak, tapi ia lebih indah dan sangat bermakna.

“Saya tidak kisah dikecam orang kerana ini penghargaan saya buat isteri. Orang tidak tahu keadaan saya waktu mula-mula berkahwin dengan Sarah.

“Keikhlasannya menerima saya dalam keadaan saya tidak punya apa-apa kerana baru mula bertapak dalam bidang seni sangat saya hargai,” kata Shuib dalam sidang akhbar di Bora Ombak Marina.

https://www.instagram.com/p/BQNLgqDlZpv/?taken-by=sitisarahraissuddin&hl=en

Sementara itu, Siti Sarah melahirkan perasaan yang cukup gembira dengan hadiah ulang tahun perkahwinan tersebut dan menyifatkan dia adalah wanita paling bertuah di dunia.

“Bayangkan saya sudah menjadi isteri kepada Shuib selama enam tahun, dikurniakan anak tiga orang dan mendapat suami yang sangat baik daripada pelbagai sudut, jadi tidak ada ayat yang boleh dilafazkan untuk menggambarkan kegembiraan dan kesyukuran ini,” kata Sarah.

Foto hari pernikahan Shuib dan Siti Sarah pada 26 Februari 2011. Sumber: budiey.com
Foto hari pernikahan Shuib dan Siti Sarah pada 26 Februari 2011. Sumber: budiey.com
Foto hari pernikahan Shuib dan Siti Sarah pada 26 Februari 2011. Sumber: budiey.com

Majlis persandingan Shuib dan Siti Sarah akan diadakan di Bora Ombak Marina dengan jemputan  daripada ahli keluarga dan rakan-rakan artis seramai 600 orang.

BACA:  10 Selebriti Mengaku Buat Pembedahan Kosmetik, Dan Tak Menyesal

SUMBER -Utusan Online

Related Posts