Sudah menjadi lumrah bagi kebanyakan orang terutamanya perempuan dan kanak-kanak untuk gemar akan barangan comel dan cantik.
Menjanjikan pengalaman menyeronokkan, Blackkiwi.Club yang merupakan jenama barangan alat tulis serta aksesori menarik lagi unik ini baru sahaja melancarkan pembukaan cawangan terkininya di Pavilion Elite.
Bukan sahaja ditemani warna-warni menarik hati, semua item yang dijual adalah berdasarkan konsep unik, aneh, lucu dan yang paling penting sangat berfungsi!
Dari aksesori kegemaran wanita seperti beg tangan sehinggalah kepada barangan perhiasan dan alat tulis, koleksi ini bisa dijadikan bingkisan buat kenalan yang pastinya mengukir senyuman buat si penerima selain dijadikan koleksi peribadi.
Harga yang ditawarkan adalah bergantung kepada rekaan, ia boleh dibeli dari harga RM10 hingga RM200 setiap satu.
Untuk pengetahuan semua, Blackkiwi.Club menguntai kerjasama rapat dengan Uni-Pac yang merupakan peneraju khusus dalam penghasilan dan pengeluaran alat tulis, malah mempunyai banyak kenalan perniagaan dari seluruh dunia.
Semua produk yang dikeluarkan adalah selamat, diperbuat daripada material poliester, silikon, plastik sekaligus memiliki rekaan yang bertepatan dengan ciri piawaian keselamatan antarabangsa. Tiada masalah untuk kegunaan kanak-kanak!
Pengguna boleh mula dapatkan barangan Blackkiwi di cawangan Pavilion Elite, Nu Sentral serta di Isetan, Parkson dan Kinokuniya.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [blackkiwi.club]