Nampaknya masing-masing sudah mengambil jalan sendiri dan melupakan kisah lama.
Agaknya itulah yang diringkaskan oleh bekas tunang Zayn Malik, Perrie Edwards yang merupakan ahli kumpulan Little Mix apabila dia mendedahkan dirinya kini sedang hangat bercinta dengan bintang bola sepak Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain.
Perrie berkongsi gambar romantis bersama kekasihnya di laman Instagram miliknya, mereka berkucup mesra dengan berlatar belakangkan Menara Eiffel, Paris, semalam dengan kapsyen ringkas ‘Him‘.
Dia yang sebelum ini dilaporkan berasa amat kecewa dengan tindakan Zayn yang memutuskan hubungan mereka dengan hanya menggunakan khidmat pesanan ringkas.
Perpisahannya dengan bekas anggota One Direction itu turut menjadi inspirasi buat Little Mix mengeluarkan single terbaharu berjudul Shout Out To My Ex yang dipercayai ditujukan kepada Zayn.
Manakala Zayn kini sedang bercinta dengan model terkenal, Gigi Hadid.