Seperti sebelum ini, mereka yang berniat mahu berkahwin secara rahsia umumnya berkahwin lebih dari seorang boleh pergi ke sebelah Selatan Thailand untuk mendapatkan khidmat jurunikah di sana, namun kini semuanya bakal menjadi lebih mudah apabila Kelantan menerima Poligami secara luhur.
Ketua Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Kelantan YB Hjh Mumtaz Md Nawi berkata, kerajaan negeri seharusnya membantu lelaki yang mahu berkahwin, tidak kiralah sama ada mereka bujang mahupun yang sudah berkahwin.
“Ini adalah untuk menggalakkan kelahiran anak-anak atau zuriat beragama Islam yang lebih ramai,” tambahnya saat menghadiri majlis sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) yang ke-17, Khamis lepas.
“Kerajaan Kelantan akan membantu setiap orang yang ingin mempunyai anak lagi dengan cara berkahwin dua, tiga atau empat orang isteri,” jelasnya lagi.
Bukan itu sahaja, Kerajaan Kelantan turut akan memberi mereka khidmat kaunseling serta maklumat yang komprehensif agar setiap anak yang lahir dari hasil perkahwinan itu bisa menjadi umat Islam yang soleh, taat dan baik.
“Langkah ini sebagai bentuk pencegahan para suami yang ingin menikah sehingga sanggup pergi ke negara jiran kerana ia kemudiannya akan mencetuskan isu permasalahan termasuklah dalam hal pembahagian harta serta hak-hak terhadap isteri yang lain,” ujar Mumtaz
Mumtaz menegaskan, kebajikan ini tidak boleh disalahgunakan terutama bagi lelaki yang sengaja mengambil peluang mahu menikah lagi karena alasan nafsu semata.
“Ini bukan untuk orang-orang yang ingin mengambil untung dari dasar ini,” sebut Mumtaz.
Lelaki yang menikah hanya karana nafsu adalah orang yang tak bertanggungjawab sekaligus mungkin akan berakhir dengan penceraian.
“Seorang suami dan ayah bertanggungjawab memegang peranan yang sangat penting untuk membantu pertumbuhan fizikal dan spiritual anak,” sebutnya.
OLAHAN DARI thestar.com.my