Aktres Bryce Dallas memberitahu dia membeli sendiri busana yang digayakan di acara karpet merah pada Screen Actors Guild Awards 2017 (SAG2017) yang berlangsung Isnin lalu.
Bryce memberitahu bentuk tubuhnya yang agak berisi menyukarkannya untuk mendapatkan tajaan pakaian daripada pereka fesyen terkenal selain sukar mendapat kerjasama penata gaya.
Bagaimanapun pelakon filem Black Mirror ini tidak melihat situasi tersebut sebagai alasan untuk tidak bergaya pada acara karpet merah malah gaun tanpa lengan dengan potongan dada rendah berwarna merah berkilau digayakannya mendapat perhatian. Tambah menarik, gaun yang dibeli menerusi butik Dress of Population itu hanya berharga RM1,300.
Tidak lengkap pula rasanya jika kita tidak intai fesyen yang digayakan selebriti antarabangsa ketika acara karpet merah 2017 Screen Actors Guild Awards yang telah berlangsung dengan selamatnya semalam. Dengan dress code formal, rata-rata selebriti yang melalui karpet merah tampil dengan penampilan anggun, classy, memukau malah memilih persalinan yang bold dan striking.
Persalinan yang mana paling mencuri tumpuan anda?