Baru-baru ini telah berlangsungnya kempen yang dianjurkan ANMUM™ Materna untuk meraikan peranna penting seorang bakal bapa sepanjang tempoh kehamilan isteri.
Untuk pengetahuan semua, kata-kata atau perbuatan yang bermakna oleh para suami mampu membuatkan bakal ibu yang lesu dan kepenatan kembali ceria dan bersemangat. Oleh itu Anmum™ Materna menerusi kempen terbaharunya ingin memberi galakan sepenuhnya kepada para bapa untuk terus menjadi sumber kekuatan bakal-bakal ibu.
Sebagai sumber kekuatan yang utama, para bapa kini akan diberi panduan supaya dapat terus memberi sokongan kepada isteri mereka sepanjang tempoh hamil dari segi emosi dan nutrisi.
Kempen ini direka khas untuk berkongsi panduan dengan para bapa agar lebih memahami cabaran yang dialami isteri mereka sepanjang tempoh kehamilan. Melalui tips-tips dan maklumat yang diberikan, para bapa akan lebih bersedia untuk memberi sokongan sepenuhnya dari segi emosi dan nutrisi kepada isteri mereka.
Bukan itu sahaja, Shukri Yahya selaku wajah untuk kempen Anmum™ Materna bersama Tya Adnan akan berkongsi debaran dan kerisauannya apabila dia mengetahui yang dia bakal bergelar seorang bapa. Namun, ini tidak menghalangnya untuk terus menyokong Tya dalam menghadapi perubahan dari segi mental dan fizikal ketika mengandung.
Tonton Video Kempen Anmum™ Materna
Pada penghujung setiap video, penonton akan dijemput untuk mendaftar untuk Memo Mr Papa di mana para bapa boleh mendapatkan maklumat tentang perkembangan kandungan isteri mereka dan tips untuk memberi sokongan dari segi emosi dan nutrisi kepada isteri tercinta sepanjang kehamilan.
bakal-bakal ibu dan bapa akan menerima notifikasi emel harian dan tips berkaitan emosi dan nutrisi serta maklumat terkini kempen berdasarkan perkembangan kandungan setiap individu. Contohnya, tips nutrisi memberikan panduan tentang kepentingan nutrien-nutrien berbeza semasa kehamilan. Contoh tips lain termasuklah saranan yang boleh diamalkan oleh bakal bapa untuk memberi sokongan emosi kepada isteri apabila mereka mengalami mabuk hamil dan sebagainya.
Bagi meraikan perjalanan bakal para ibu dan bapa ini, 100 pasangan pertama yang mendaftar akan menerima sejambak bunga percuma yang digubah khas oleh Le Tresor Flower. Sepanjang kempen ini, pasangan-pasangan bakal ibu dan bapa turut berpeluang memenangi hadiah yang mengalakkan pengambilan diet seimbang dengan menerima penghantaran hidangan tengah hari yang lazat dan berkhasiat selama seminggu daripada Food Matters, sesi fotografi materniti bagi mengabadikan detik-detik indah kehamilan daripada Bebe Photography dan peluang untuk beristirehat dengan pakej percutian “Babymoon”!
Untuk keterangan lanjut, sila layari memomrpapa.anmummaterna.com.my