Menurut cerita yang ada termaktub dalam Hikayat Hang Tuah, suatu hari Sultan Melaka telah menitahkan Hang Tuah untuk pergi meminangkan Puteri Gunung Ledang untuknya. Namun, sang puteri telah meletakkan beberapa syarat yang boleh dikira ‘tidak masuk akal’ sebelum lamaran itu diterima termasuklah:-
- 7 tempayan air mata anak dara sunti
- 7 tempayan air pinang muda
- 7 dulang hati hama
- 7 dulang hati nyamuk
- Jambatan perak dari Melaka ke Puncak Gunung Ledang
- Jambatan emas dari Melaka ke Puncak Gunung Ledang
- Semangkuk darah Putera Mahkota Melaka Raja AhmadÂ
Okay, motifnya kat sini kenapa penulis senaraikan permintaan Puteri Gunung Ledang adalah untuk mengaitkannya dengan tradisi orang Melayu berkenaan hantaran.
Adat orang Melayu biasanya akan bertukar hantaran sesama pihak perempuan dan lelaki (simbolik sebagai pemberian hadiah istimewa buat pasangan yang akan dikahwini) yang kemudiannya dihias indah dalam dulang istimewa. Hantaran juga boleh dihantar ketika majlis bertunang atau semasa majlis akad nikah akan tetapi ada juga pasangan yang memilih untuk bertukar hantaran pada kedua-dua majlis… ni bagi mereka yang berkemampuanlah 🙂
Ha, anda yang perempuan tu, janganlah mengada-ngada hendak minta yang bukan-bukan daripada pasangan seperti mana yang dipinta Puteri Gunung Ledang daripada Sultan Melaka. Elok-elok seronok hendak berkahwin, terus tak jadi berkahwin pula nanti.
Untuk itu, ini Wanista kirimkan idea-idea stail hantaran menarik yang boleh dijadikan idea untuk gubahan dulang hantaran anda.
#1 Bunga Segar Merimbun Sebagai Tilam Barang Hantaran
#2Â Gulungan Tuala Pengganti BakulÂ
#3Â Bekas Kaca Berangka Logam Ala Hipster
#4 Dulang Berplatform Cetus Gaya Mewah
#5 Piring Kek Pengganti Dulang Klasik
#6 Susun Atur Bertingkat Serlah Kreativti
#7 Balang Kaca Ilham Dari Beauty And The Beast
#8 Tindihan Kotak Bercetak Serlah Elemen “Kawaii”
#9 Mainan Riben & Manik Mutiara Untuk Tonjol Eksklusiviti
BONUS
Kirimkan Sangkar Bunga Sebegini Sebagai Hantaran Sampingan Untuk Pikat Si Kekasih! Cantiknya!