Ryan Gosling, ya si kacak dan berbakat Ryan yang kini sedang meletup dengan filem hebat La La Land sekali lagi mendapat tempat di Madame Tussauds. Patung lilin baru beliau dipamerkan pada Isnin lalu di Madame Tussauds Berlin.
Namun patung Ryan kali ini ‘keras’ dan tidak menonjolkan iras wajah beliau langsung. Ada juga yang berpendapat wajahnya kelihatan menakutkan.
Ringkas dengan penampilan kemeja biru dan bercelana hitam, patung lilin ini berbeza dari patung di London yang lebih segak dengan tuksedo. Nampaknya pakar ukir di Berlin kurang cekap dan hanya memberikan hasil yang memuaskan. Apa yang paling sadis ialah mata biru Ryan tampak ‘mati’ dan tidak menyerlah.
Ini dia patung lilin di London, cuba anda lihat banyak perbezaan hasil kerja diantara mereka. Jadi pada peminat Ryan Gosling, dinasihatkan lebih baik pergi Madame Tussauds di London.