Serba merah dan mewah, itulah simbolik Tahun Baru Cina yang sebenarnya merupakan antara perayaan paling meriah sambil ditemani bunyi mercun, persembahan tarian tradisional dan alunan muzik mempersona yang kemudian berlatarkan dekorasi menarik dengan adanya juntaian tanglung, angpau, baner-baner ucapan kesyukuran, pohon renek limau mandarin dan macam-macam lagi.
Seperti perayaan-perayaan lain, pusat membeli-belah terkemuka di ibu negara dan di seluruh Malaysia tidak lupa mengambil peluang keemasan ini untuk tampil berlumba-lumba menghidangkan dekorasi yang bukan sahaja menarik bahkan unik setiap satunya berlandaskan konsep personaliti yang ingin dibawakan sesebuuah mall itu.
Untuk sambutan Tahun Ayam 2017, jom intai pelbagai dekorasi pusat membeli-belah tercantik yang dihimpunkan Wanista seterusnya bisa memberi tuah kemewahan atau ‘ong’ dan ‘huat’ kepada para pengujung yang hadir!
#1 Pavilion Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Tidak pernah kalah, Pavilion KL sering tampil dengan dekorasi yang indah apabila tiba musim perayaan.
https://www.instagram.com/p/BPCPRmPBO_N/?taken-by=wanistadotcom
Bertepatan dengan sambutan Tahun Ayam untuk Tahun Baru Cina 2017, Pavilion membawakan suatu kelainan dengan menampilkan hiasan burung Phoenix gergasi yang diiktiraf sebagai replika burung Pheonix terbesar oleh The Malaysia Book of Records ini adalah simbolik seekor ayam jantan yang kemudian menjelma sebagai seekor burung cantik.
https://www.instagram.com/p/BPCU6PQh3vG/?taken-by=wanistadotcom
Untuk pengetahuan semua, mengikut kepercayaan masyarakat Cina, individu yang lahir tahun Ayam akan mesra dan lebih serasi dengan mereka yang lahir pada tahun Naga.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapat ‘berkat’ serta tuah yang lebih besar apabila menyentuh ayam jantan gah di Pavilion Kuala Lumpur ini!
#2 One Utama Shopping Centre, Kuala Lumpur
Antara pusat beli-belah yang terunggul di daerah Damansara, tahun ini One Utama membawakan konsep ala kemegahan zaman dinasti.
https://www.instagram.com/p/BPh6eqbgvBF/?tagged=oneutama&hl=en
Set yang berdiri megah di tengah-tengah kawasan lapang adalah berupa singgahsana Maharaja Cina dahulu kala yang kemudian diserikan dengan rona kuning keemasan yang dipercayai berupaya memberi ‘nasib baik’.
Deretan gantungan tanglung tradisi serta lantai yang dihiasi motif bunga Blossom juga sedikit sebanyak menaikkan seri dekorasi yang serba indah!
#3 Paradigm Mall, Kuala Lumpur
Impikan suatu kelainan?
Apa kata bawa keluarga atau kenalan singgah di Paradigm Mall. Memang setiap tahun Paradigm Mall akan cipta dekorasi yang lain daripada yang lain.
Kali ni, umpama melangkah ke alam fantasi, dekorasi penuh dengan warna-warni yang pastinya menggembirakan hati kanak-kanak!
#4 Sunway Pyramid, Subang Jaya
Haaa… dekorasi yang di Sunway Pyramid ni sumpah mengimbau memori! Penulis paling suka konsepnya…
Seperti bersiar-siar di kawasan bandar lama di China, struktur binaan bangunannya kelihatan sungguh realistik!
Bila datang ke sini, jangan lupa gunakan prop dan hiasan yang ada untuk rakam foto-foto kenangan bersama keluarga atau rakan. Mesti orang yang melihat foto itu nanti akan anggap ia telah dirakam saat anda melawat ke China Town!
#5 Suria KLCC, Kuala Lumpur
Satu lagi lokasi terkenal yang merupakan tempat paling digemari pelancong-pelancing asing, ini dia dekorasi Tahun Baru Cina 2017 di Suria KLCC!
Membawakan konsep klasik Baba dan Nyonya, susunan perabot, penerapan perhiasan seramik serta replika rumah antik kaum campuran itu juga dibina bagi memeriahkan suasana!
Unik sekaligus dapat mempromosikan budaya Baba & Nyonya yang hampir dilupakan genarasi masa kini! Syabas!
#6 Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
Bagi mereka yang sukakan floral, pasti girang apabila dapat melihat hiasan tanglung gergasi yang sungguh romatik ini.
Sengaja lari daripada kebiasaan, reka bentuk tanglung tradisional diganti dengan tanglung moden kontemporari berkonsepkan musim bunga yang indah lagi mendamaikan.
#7 Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Hampir sama dengan konsep dekorasi yang dibawakan Sunway Pyramid, tapi masih ada kelainannya…
https://www.instagram.com/p/BPnQ7fTlzD4/?tagged=berjayatimessquare&hl=en
Ia umpama set lakonan drama dan filem-filem lama Cina yang menyaksikan keadaan atau situasi di pasar yang menjual seleksi barangan keperluan harian.
Jadi, siapa yang teringin nak merasa jadi penjual sayur di pasar pagi Cina zaman dahulu kala tu bolehlah datang dan ambil gambar di sini!
https://www.instagram.com/p/BPjFcjylTrn/?tagged=berjayatimessquare
#8 IOI City Mall, Putrajaya
Tidak kurang dengan dekorasi di IOI City Mall ni!
Menampilkan replika kapal harta karun Cina yang digelar sebagai “Chinese Baochuan” ini untuk timbulkan aura kemeriahan Tahun baru Cina yang eksentrik.
Oh, lantai yang dihiasi cetakan ombak biru bergelora juga mempersona!
#9 Queensbay Mall, Pulau Pinang
Eh, rasanya kat Malaysia ni mana ada musim salji…
Tiba-tiba, ada salji pula di Queensbay Mall!
Wah, hebat sangat ni… Nampak real pula tu! Jadi siapa yang teringin nak sambut Tahun Baru Cina dalam salji boleh datang ke sini okay?
Boleh lihat dan rasai sendiri pengalaman menjejakan kaki ke set dekorasi yang berupa perkampungan Cina dalam cuaca sejuk bersalju.