Perempuan zaman sekarang dah lain, tak macam perempuan zaman dulu-dulu. Senang cakap, semua pakat “high maintenance” sebab kos untuk alat solek je dah beratus-ratus dalam sebulan. Tu belum masuk barang keperluan asas lain termasuk item fesyen dan suplemen (makanan tambahan) untuk mengekalkan kecantikan wajah dan kesihatan badan.
Bab tu tak kisahlah, mengikut kemampuan masing-masing like…
“Duit aku suka hati aku lah nak beli apa”.
Hmm… Okay faham.
Tapi, apa yang menjadi isu lebih besar sekarang ni adalah tanpa sedar sebenarnya kita telah menggunakan produk yang mungkin mengandungi bahan daripada binatang. Bahkan lebih kejam, ada juga jenama kosmetik yang telah menjadikan haiwan tidak bersalah sebagai ‘seksaan’ dalam makmal.
Ngeri. Penulis tak sanggup hendak kongsikan foto haiwan seperti arnab, tikus, kucing, beberapa spesis monyet dan anjing diseksa malah dikurung semata-mata mahu dijadikan bahan uji kaji produk kosmetik yang dihasilkan mereka. Ya dan anda mungkin telah bersekongkol kerana tidak pernah ambil peduli mengenai hal ini.
Kenapa Uji Kaji Ini Dilakukan?
Demi menjamin keselamatan pengguna, sesetangah jenama kosmetik akan terlebih dahulu melakukan “test and error” terhadap binatang untuk lihat sama ada elemen-elemen dan bahan yang diramu itu adalah selamat atau bakal memberi kesan sampingan terhadap pengguna manusia. Umpamanya…
“Sebelum manusia yang mati, baik binatang uji kaji yang mati dahulu.”
Kejam bunyinya kan?
Jenis Kekejaman Yang Dilakukan Terhadap Binatang
Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan dari binatang tersebut telah disenyawakan bagi tujuan ini. Selain dikurung, binatang uji kaji akan:-
- Dicucuk
- Diracun
- Dibedah
- Disuntik
- Dibunuh dengan cara halus tanpa menyiksa atau menyakiti (suntikan ubat)
Mungkin hanya pencinta binatang akan faham situasi ini. Sekarang cuba bayangkan jika anda yang dijadikan sebagai ‘bahan eksperimen’, sudah tentu hidup anda bagai telur di hujung tanduk bukan?
Untuk kebaikan semua, ini Wanista senaraikan beberapa produk kosmetik yang bebas sumber binatang (vegan) dan tidak menjalankan atau menjalani sebarang proses uji kaji ke atas binatang (cruelty-free).
Kategori Kosmetik Mewah
#1 Too Faced (anak syarikat Estee Lauder)
#2 NARS (anak syarikat Shiseido)
#3 Marc Jacobs Beauty
#4 Becca (anak syarikat Estee Lauder)
#5 Tarte (anak syarikat KOSÉ)
#6 Urban Decay (anak syarikat L’Oreal)
#7 Hourglass
#8 Kat Von D Beauty
#9 TheBalm
#10 IT Cosmetics
#11 CIATÉ
#12 NudeStix
#13 The Body Shop (anak syarikat L’Oreal)
#14 BareMinerals (anak syarikat Shiseido)
#15 LUSH
#16 Duwop
#17 Per-fékt
#18 Charlotte Tilbury
#19 Anastasia Baverly Hills
Kategori Kosmetik Mampu Milik
#1 E.L.F
#2 Milani
#3 Physicians Formula
#4 Wet ‘N’ Wild
#5 NYX (anak syarikat L’Oreal)
#6 Pixi
#7 Essence
#8 Jordana
#9 Catrice
Kategori Jenama Kosmetik Persendirian
#1 Makeup Geek
#2 Colorpop
#3 BH Cosmetics
#4 Zoeva
#5 DOSE of Colors
Perbezaan Maksud “Cruelty-Free” & “Vegan”?
“Cruelty-Free” bermaksud sesuatu produk itu adalah bebas daripada menjalani atau menjalankan proses uji kaji terhadap binatang.
“Vegan” bermaksud sesuatu produk itu bebas dari kandungan yang bersumberkan bintang (lemak, tulang, bulu, dll.) atau tidak menjalankan proses uji kaji terhadap binatang atau kedua-duanya sekali.
Antara jenama popular yang masih melakukan uji kaji ke atas haiwan
Untuk lihat senarai penuh terkini jenama yang MASIH melakukan uji kaji terhadap binatang sila klik [www.mediapeta.com]
Sebagai manusia yang prihatin, selamat beramal!