Persembahan Dayang Nurfaizah yang mendendangkan lagu Lelaki Terangung di malam AJL31 seperti biasa memukau para penonton sehingga mampu meraih sorakan gemuruh dan standing ovation.
Seperti dijangka, lagu runut bunyi yang pernah hangat menerusi drama bersiri 7 Hari Mencitaiku itu adalah hasil ciptaan Natasha dan Iman Imran akhirnya berbaloi apabila dinobatkan sebagai pemenang Juara Lagu pada malam anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31 yang telah berlangsung secara live dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Sebagai juara keseluruhan, Dayang telah membawa pulang trofi berserta hadiah wang tunai RM50,000 selain baucar produk CJ Wow Shop.
Bukan itu sahaja, Dayang juga telah memenangi kategori Vokal Terbaik membawa pulang trofi dengan wang berjumlah RM12,000. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kemenangan ketiga berturut-turut oleh penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu.
Tonton Persembahan Dayang Dengan Lagu Lelaki Teragung Untuk Suku Akhir AJL31
AJL31 yang dipancarkan secara langsung di TV3 juga menyaksikan lagu Terimaku Seadanya ciptaan Ajai yang didendangkan Misha Omar dan Hafiz Suip meraih tempat kedua, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi.
Tempat ketiga dengan hadiah RM20,000 dan trofi pula dimenangi lagu Sudah Ku Tahu ciptaan Razif yang dinyanyikan kumpulan Projector Band.
Kategori persembahan Terbaik dimenangi kumpulan Khalifah yang mendendangkan lagu Hang Pi Mana. Kemenangan itu membolehkan kumpulan berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.
Semua kategori diadili oleh juri profesional, selain Persembahan Terbaik yang dibuka kepada undian peminat secara atas talian menerusi laman sesawang, www.anugerahjuaralagu.com.
Lagu dan penyanyi bertanding pada AJL31:-
1. Lelaki Teragung (dendangan Dayang Nurfaizah)
2. Terakhir (Sufian Suhaimi)
3. Sudah Ku Tahu (Projector Band)
4. Selamanya Cinta (Alif Satar & Shila Amzah)
5. Terimaku Seadanya (Misha Omar & Hafiz Suip)
6. Ku Rela Dibenci (Aiman Tino)
7. Di Amaran Mama (Hazama)
8. Obses (Akim & The Majistret)
9. Setia (Elizabeth Tan & Awi Rafael)
10. Dalam Menang (Syamsul Yusof dan Mawi)
11. Hang Pi Mana (Khalifah)
12. Anugerah Terindah (Black)