Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

PERKASA Cadang Penjara Seumur Hidup Dan Hukuman Rotan Bagi Pesalah Rasuah

by Izzah Azizah
January 23, 2017
Gambar hiasan. Foto - The Independent

Gambar hiasan. Foto - The Independent

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Rasuah bukanlah perkara kecil, ia melibatkan tentang ekonomi sesebuah negara, jika isu ini tidak pantau ia dapat memberi kesan buruk pada negara dan rakyat. Malaysia kini antara negara yang mencatat kadar aktiviti rasuah yang tinggi. 

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan supaya pesalah rasuah dikenakan hukuman rotan mandatori dan penjara seumur hidup.

Pengerusi Biro Integriti dan Anti Rasuah Perkasa Jais Abdul Karim berkata hukuman berat itu, yang dikenakan bagi kesalahan mengedar dadah, perlu dilaksanakan bagi membendung masalah rasuah di negara ini.

“Justeru itu, kita meminta supaya hukuman rotan mandatori dan penjara seumur hidup perlu diperhalusi supaya setimpal dengan kesalahan itu,” katanya pada Forum Rakyat Bangkit Menentang Rasuah anjuran Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, malam tadi.

Jais berkata kerajaan juga perlu memperkenal akta baharu yang dikenali sebagai ‘Akta Sabotaj Ekonomi’ bagi membolehkan pesalah rasuah ditahan tanpa jaminan dalam tempoh masa tidak terhad.

Akta itu yang membawa kesan sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diperlukan supaya proses siasatan boleh dijalankan dengan lengkap.

“Tahanan tanpa jaminan dan had ini perlu supaya tidak memberikan peluang kepada perasuah menghapuskan bahan bukti atau mempengaruhi saksi yang terlibat,” katanya.

Jais berkata rakyat Malaysia di semua peringkat juga mesti berani dan proaktif untuk tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 Malah, katanya laporan juga boleh disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antirasuah supaya mereka boleh membantu menyalurkan laporan kepada pihak berkuasa.
SUMBER
Tags: berita dan isu semasaKes RasuahMalaysiaperkasaPERKASA Cadang Penjara Seumur Hidup Dan Hukuman Rotan Bagi Pesalah RasuahRasuahSPRMSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Sofie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Sofie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Sofie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Sofie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.