Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Hiburan

‘Anuar Zain Album Tour 2017’ Sambung Lagi Di 5 Lokasi Mydin Seluruh Negara!

by Izzah Azizah
January 23, 2017
Anuar Zain sekitar sidang media Anuar Zain Album Tour 2017 dan muzik video Cinta Takkan Berakhir. Foto - arkib Wanista.com

Anuar Zain sekitar sidang media Anuar Zain Album Tour 2017 dan muzik video Cinta Takkan Berakhir. Foto - arkib Wanista.com

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kredibiliti Anuar Zain sebagai penghibur tanah air yang berpengalaman lebih dari 30 tahun dalam industri ini serta pelbagai kejayaan yang telah diraih oleh beliau telah membuka pelbagai ruang bagi kerjaya seninya. Anuar Zain yang sangat mementingkan karya-karya segar dan berkualiti tidak pernah lelah untuk muncul dengan sesuatu yang istimewa buat para pendengar muzik tanah air terutama sekali kepada semua peminat beliau. 

Bagi peminat beliau yang sentiasa menanti kehadiran figura hebat ini, selepas rangkaian promosi Anuar Zain Album Tour 2016 memberi impak kejayaan besar, untuk tahun 2017 Anuar Zain tidak membiarkan peminat menunggu lama sekali lagi menjalankan promosi Anuar Zain Album Tour 2017 bersama pihak MYDIN sebagai penaja lokasi. 

View this post on Instagram

17.12.16 Terima Kasih Dari Hati ❤️ Terima Kasih @mydinmalaysia #anuarzain #anuarzainnetwork #andainyatakdir

A post shared by Anuar Zain ™️ (@anuarzainnetwork) on Dec 17, 2016 at 8:20pm PST

Peminat berpeluang untuk bertemu Anuar Zain di sesi Meet & Greet yang diadakan di setiap 5 lokasi ini:-

Mydin Samaring, Kuching, Sarawak    – 12/02/2017
Mydin Pulau Sebang, Melaka                 – 26/02/2017
Mydin Parit Buntar, Perak                      – 05/03/2017
Mydin Senawang, Negeri Sembilan       – 26/03/2017
Mydin City One, Kuching, Sarawak       – 09/04/2017
Mydin Vista Tunku, Kuching, Sarawak – TBA

Majlis sidang media Anuar Zain Album Tour 2017 dan muzik video Cinta Takkan Berakhir ditaja Hotel LeMeredien. Foto - arkib Wanista.com
Majlis sidang media Anuar Zain Album Tour 2017 dan muzik video Cinta Takkan Berakhir ditaja Hotel LeMeredien. Foto – arkib Wanista.com

Selain itu, Anuar juga menyediakan buah tangan baru kepada peminat setia yang menunggu kesinambungan klip video “Andainya Takdir”. Single kedua dengan judul “Cinta Takkan Berakhir” bakal ditayangkan pada 26 Januari 2017 jam 11 pagi di Youtube VEVO Anuar Zain. Muzik video ini dibintangi Sharifah Sakinah, Puteri Balqis, Eyra Hazali, Syafiq M.Nazri dan jemputan khas Faizal Hussin. 

Jangan terlepas peluang melihat aktiviti seni Anuar Zain di laman rasmi Facebook dan Instagram Anuar Zain Network. Album Anuar Zain masih boleh didapati di semua toko-toko muzik, rangkaian Mydin dan juga pembelian secara online www.lazada.com.my.

Tags: Andainya Takdiranuar zainanuar zain 2017anuar zain album tour 2017anuar zain networkanuar zain terbarucinta takkan berakhirhiburanKonsert Anuar Zainlagu anuar zainPelancaran Album Anuar Zain
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @puteranordanish2 (TikTok) / Facebook
Gosip Tempatan

“Patutlah Melekat, Setia Je”- Bekas PA Dedah Nur Sajat Bayar Jadoos RM1700 Setiap Bulan

by Sofie Azizlan
January 6, 2022
0

Sumpah terkejut! Ingatkan masih bersama dan setia atas dasar cinta, rupanya wang. Rakan baik merangkap bekas pembantu, Mokkay mendedahkan Jad...

Baca Lagi
Foto - Netflix
Hiburan

Lagi Banyak Review Negatif Dari Positif, Ini Yang Gong Yoo Respon Tentang “The Silent Sea”

by IamLisa
January 5, 2022
0

"Betul ke siri The Silent Sea tak best? Kalau lihat pada review, kebanyakan lebih negatif daripada positif, dah kenapa?" Berbekalkan...

Baca Lagi
Foto - Okezone
Hiburan

‘Mengidam’ Naik Motor Vespa, Raffi Ahmad Hadiahkan Isterinya Nagita Slavina Vespa Dior

by IamLisa
January 3, 2022
0

Wanita lain mengidam makanan, tapi isteri kepada penghibur Raffi Ahmad lain macam mengidamnya. Bayangkan dia teringin naik motor Vespa. Dipetik...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Hiburan

Seriuslah?! 6 Selebriti Dilaporkan Telah Disaman Oleh Peminat Sendiri

by Sofie Azizlan
January 3, 2022
0

Pernah terlintas tak peminat akan saman idola kegemaran mereka? Macam kelakar dan tak masuk akal, tetapi perkara itu ada berlaku...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.