Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Kaji Bentuk Tandatangan Untuk Tahu Anda Ni ‘Jenis’ Orang Yang Bagaimana

by Afiqah Syamin
January 20, 2017
Sumber: Pinterest

Sumber: Pinterest

4.8k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Jika diamati, tulisan tangan sebenarnya boleh menjadi tali pengukur dan cermin terhadap personaliti peribadi seseorang. 

Ramai pakar seperti penganalisa tulisan dan bahasa telah berjaya merungkai personaliti individu yang hampir tepat berdasarkan rupa, bentuk serta susunan hasil tandatangan yang diturunkan. 

Sebagai contoh, Mark Zuckerberg yang merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Facebook menurunkan tanda tangan dengan hanya menggunakan pengenalan singkatan yang bagaimanapun ditulis dengan huruf besar sebagai “MR ZG”.

Sumber: Wikimedia Commons
Tandatangan milik Mark Zuckerberg. Sumber: Wikimedia Commons

Maksudnya?

Tandatangan yang ditulis dengan singkatan nama bermaksud individu itu adalah jenis yang perahsia, seorang yang tidak suka mendedahkan hal peribadi kepada umum manakala tandatangan yang ditulis dengan huruf besar pula menyatakan seseorang individu itu adalah jenis yang mempunyai keyakinan tinggi.

ninini
Sumber: WordPress/thehandwritinganalyst

Bagaimana nak kaji maksud tandatangan anda? Jom Wanista senaraikan karakter tandatangan serta personaliti yang diwikili berdasarkan maksud karakter tersebut.

  • Tidak Bergaris Di Bawah Tandatangan
Tandatangan milik Barack Obama. Sumber: stylecatchup.pk
Tandatangan milik Barack Obama. Sumber: stylecatchup.pk

Maksudnya: Lebih suka menunjukkan ‘hasil’ yang dicapai daripada menunjukkan tindak-tanduk sebelum matlamat itu dapat dicapai terlebih dahulu (merendah diri).

  • Bergaris Di Bawah Tandatangan
Tandatangan milik Pablo Picasso. Sumber: stylecatchup.pk
Tandatangan milik Pablo Picasso. Sumber: stylecatchup.pk

Maksudnya: Memiliki kualiti sebagai seorang ketua yang baik serta bijak mengutamakan diri sendiri.

  • Tandatangan Menyondong Ke Arah Kanan

Maksudnya: Jenis yang peramah dan mudah bergaul

  • Tandatangan Normal Tidak Condong

Maksudnya: Seorang yang stabil

  • Tandatangan Menggunakan Nama Panggilan/Manja

Maksudnya: Berdikari, berkeyakinan di atas kebolehan peribadi

  • Tandatangan Menggunakan Singkatan Nama
Tandatangan milik Albrecht Dürer. Sumber: Sumber: stylecatchup.pk
Tandatangan milik Albrecht Dürer. Sumber: Sumber: stylecatchup.pk

Maksudnya: Seorang yang suka menyimpan cermat hal peribadi

  • Tidak Letak Titik Pada Huruf ‘i’
Tandatangan milik Neil Armstrong yang tidak ada titik pada huruf 'i'. Sumber: stylecatchup.p
Tandatangan milik Neil Armstrong yang tidak ada titik pada huruf ‘i’. Sumber: stylecatchup.p

Maksudnya: Tidak suka membesarkan perkara yang remeh bahkan diri merupakan seorang individu optimis yang gemar fokus kepada perkara yang besar/penting sahaja.

  • Menulis Huruf ‘o’ & ‘a’ Secara Terang-Terangan

Maksudnya: Seorang yang memiliki sifat kerjasama yang kuat & suka berkongsi idea serta pemikiran

  • Tandatangan Dalam Huruf Besar Sepenuhnya

Maksudnya: Konfiden, sangat menjaga tertib martabat serta maruah diri dan mungkin sedikit sombong atau suka membangga diri.

IKLAN

  • Tandatangan Tanpa Disertai Nama Keluarga (Bapa)

Maksudnya: Mudah melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

  • Tandatangan Dalam Keadaan Huruf Berdiri Tegak & Lurus

Maksudnya:  Tertib dan sangat mementingkan perincian (perfectionist).

  • Tandatangan Dalam Bentuk Contengan
Tandatangan milik Mel Gibson. Sumber: stylecatchup.pk
Tandatangan milik Mel Gibson. Sumber: stylecatchup.pk

Maksudnya: Bijak dan mempunyai gaya hidup yang agak sibuk.

  • Tandatangan Dengan Saiz Huruf Yang Besar Serta Meleret-Leret
2
Tandatangan milik Mozart. Sumber: stylecatchup.pk

Maksudnya: Berkeyakinan tinggi malah seorang yang ekstrovert (mudah bergaul).

  • Tandatangan Ditemani Lukisan Atau Abstrak Sebagai Hiasan Sampingan
Tandatangan milik Walt Disney. Sumber: stylecatchup.p
Tandatangan milik Walt Disney. Sumber: stylecatchup.pk

Maksudnya: Kreatif dan gemar dirinya dikenali.

  • Tandatangan Dimulakan Dengan Huruf Yang Besar & Menyerlah
Tandatangan milik John Hancock. Sumber: stylecatchup.pk
Tandatangan milik John Hancock. Sumber: stylecatchup.pk

Maksudnya: Berusaha untuk jadikan diri lebih dikenali (mahu orang tahu dan perasan kehadirannya).

  • Tandatangan Dengan Gaya Tulisan Bercerun Yang Semakin Ke Bawah

Maksudnya: Golongan pesimis, berkira dan sangat berhati-hati 

  • Tandatangan Dengan Gaya Tulisan Bercerun Yang Semakin Ke Atas
Tandatangan Diego Maradona. Sumber: stylecatchup.pk
Tandatangan Diego Maradona. Sumber: stylecatchup.pk

Maksudnya: Bercita-cita tinggi, mahukan masa hadapan yang lebih cerah.

  • Tandatangan Diakhiri Palang Atau Garisan Panjang Ditarik
Tandatangan milik Judge Judy. Sumber: stylecatchup.pk
Tandatangan milik Judge Judy. Sumber: stylecatchup.pk

Maksudnya: Proaktif, bersemangat dan mempunyai azam tinggi.

  • Tandatangan Mempunyai Banyak Garisan Tajam
Tandatangan milik Donald Trump. Sumber: stylecatchup.p
Tandatangan milik Donald Trump. Sumber: stylecatchup.pk

Maksudnya: Agresif dan kurang sabar

  • Tandatangan Dengan Tulisan Bersambung
Tandatangan milik J.K. Rowling. Sumber: stylecatchup.pk
Tandatangan milik J.K. Rowling. Sumber: stylecatchup.pk

Maksudnya: ‘Cepat tangkap’ dan mempunyai mental yang tangkas

  • Tandatangan Dengan Tulisan Sebiji-Sebiji
Tandatangan milik Helen Keller. Sumber: Pinterest
Tandatangan milik Helen Keller. Sumber: Pinterest

Maksudnya: Seorang yang terbuka dan suka berterus-terang

Sumber: Tumblr
Sumber: bestanimations.com

Jadi, apa maksud karakter yang ada disebalik tandatangan anda?

RUJUKAN 1, 2 & 3

Tags: Bentuk Tandatanganinfo menarikKaitan Tandatangan Dengan Personaliti DiriKenali Karakter Diri Berdasarkan TandatanganMaksud TandatanganPakar LinguistikPsikologiTulisanTypology
Share1900SendShare

Artikel Berkaitan

Foto - Times of India
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

February 16, 2021
Foto - Smita Tandon, MD
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

December 23, 2020
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

October 28, 2020
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

October 27, 2020

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Hidu Vicks Inhaler Batal Puasa? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

  3. 3

    Kaji Bentuk Tandatangan Untuk Tahu Anda Ni ‘Jenis’ Orang Yang Bagaimana

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.