Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Pelajar Malaysia Terima Jemputan Majlis Angkat Sumpah Trump

by Izzah Azizah
January 20, 2017
Asher Paul Ang. Foto - The Star

Asher Paul Ang. Foto - The Star

21
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Asher Paul Ang, pelajar tahun ketiga program ijazah sarjana muda Sains Politik di Dallas Baptist University di Texas, menerima tiket eksklusif untuk menghadiri peristiwa bersejarah di bangunan Capitol di Washington, Jumaat.

Beliau yang baru sahaja berusia 18 tahun mungkin bakal  menjadi rakyat Malaysia paling muda yang dijemput menghadiri majlis pengisytiharan Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Ang menerima jemputan tersebut atas usaha keras beliau bersama ahli-ahli kelab yang bertugas sebagai sukarelawan perayu undi melalui telefon semasa kempen pilihan raya presiden. 

“Saya sangat berbesar hati mendapat peluang seumur hidup untuk mewakili Kelab Republikan Kolej bagi universiti saya, di mana saya baru sahaja dilantik sebagai presiden.

“Lebih satu juta orang dijangka menghadiri majlis tersebut. Tetapi, tiket ini membolehkan saya duduk di salah satu tempat duduk di Union Square, betul-betul di belakang tempat duduk VIP.

“Tiket ini biasanya berharga AS$600 (RM2,666) atau lebih,” katanya kepada The Star dalam satu temu bual telefon dari Dallas, Rabu.

Selain mahu mengambil gambar dan video peristiwa bersejarah itu, beliau berharap dapat menjalin hubungan dengan rakan-rakan dari Kelab Republikan Kolej yang lain dan mungkin juga akan bertemu dengan beberapa orang kenamaan.

“Mungkin sukar untuk bertemu Presiden Trump tetapi jika saya dapat peluang, saya akan mengambil gambar ‘wefie’ dengannya.

IKLAN

“Saya juga berharap untuk bertanya kepadanya tentang perspektif beliau berkaitan pengukuhan hubungan diplomatik dengan Malaysia dan negara-negara Asean lain,” katanya.

Ang, yang akan mengambil penerbangan selama tiga jam dari Dallas ke Washington berkata beliau juga telah dijemput untuk menghadiri tiga acara lain yang dianjurkan sempena hari bersejarah ini.

“Saya akan menamatkan pengajian pada Mei tahun depan. Impian utama saya adalah untuk menjadi duta diplomatik dan penasihat politik.

“Saya percaya bahawa politik adalah cara terbaik bagi mempengaruhi dasar-dasar untuk rakyat dan juga untuk membawa perubahan positif yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai,” katanya.

Menghadiri perasmian presiden dan terdedah kepada senario politik AS juga akan menjadi satu pengalaman berguna, katanya.

Beliau berharap dapat menerapkan apa yang dipelajarinya di sana di Malaysia pada masa akan datang.

SUMBER

Tags: berita dan isu semasadonald trumppelajar malaysiaPelajar Malaysia Terima Jemputan Majlis Angkat Sumpah TrumpPresiden Amerika Syarikat
Share8SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

December 27, 2021
#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

December 20, 2021
#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

December 20, 2021
“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

December 16, 2021
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    [ Hiburan ] Pelakon Jeslina Hashim sah bercerai talak satu

  2. 2

    Gaya Manis Dahlia Rizal Jadi Ikutan Hijabis Moden Di Malaysia

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  5. 5

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.