Sudah menjadi adat resam orang Melayu andainya mengadakan majlis kenduri atau resepsi untuk meraikan pasangan pengantin yang baru disatukan menerusi acara akad nikah, pasti pengantin itu kemudian akan disandingkan di atas pelaminan -simbolik singgahsana raja-raja dahulu kala. Saat itu jugalah pasangan pengantin akan duduk bersebelahan sambil menghadap tetamu yang hadir diiringi upacara tepung tawar oleh kaum keluarga terdekat.
Nah, tidak lengkap rasanya jika tidak disediakan pelamin yang indah-indah untuk meraikan raja sehari kan? Ini Wanista himpunkan 10 stail pelamin cantik terkini hasil garapan para perancang majlis perkahwinan yang vogue lagi berkelas!
BACA: HIMPUNAN REKAAN HIP UNTUK PENGANTIN YANG BUAT HADIRIN TERKEDU!
#1 Fantasi Hening Malam
Mau menangis tetamu tengok pelamin glamor macam ni! Sesuai untuk persandingan indoor di sebelah malam, singgahsana raja sehari rekaan Embun Klasik Bridal Boutique ni sumpah mengancam habis! Berbaloilah kalau kena berhabis duit sekalipun.
Penataan cahaya sekaligus lebih menyerlah apabila dipantul menghadap jumbaian kristal mewah, dihiasi pula bunga-bungaan rimbun beserta rerangka besi rona emas.
#2 Keanggunan Dalam Taman
Bijak menggabungkan putih bersama rona perak metalik, warna yang polos seraya menjadi ceria apabila diselit pula dengan bunga-bungaan senada yang kembang nan mekar.
Untuk anda yang berjiwa romantis mungkin?
#3 Singgahsana Istana Lama
Kumpulan tirai yang menjadi latar pelamin inilah sebenarnya yang telah menaikkan seri dekorasi resepsi oleh Wedding Galores Sdn Bhd.
Bak singgahsana istana yang selalu ditampilkan dalam filem-filem Melayu klasik, meskipun ringkas, ianya bersesuaian dengan konsep majlis yang bertemakan tradisional kontemporari.
#4 Eksklusif Berseni
Hamparan tabir dari syiling tinggi yang disusun secara bersilang kelihatan gah menjadikan suasana singgahsana cliche terus bergermalapan!
#5 Astana Rimba
Lain daripada yang lain, kerusi rotan retro menjadi pengganti bangku pelamin biasa.
Pepohon liar pula sengaja dibiar merimbun pada panel gerbang yang mengelilingi singgahsana. Indah buat persandingan outdoor dan cantik juga untuk dijadikan latar foto kenang-kenangan buat para tetamu yang hadir.
IKLAN
https://www.instagram.com/p/BOccJy5DLKq/?taken-by=amirafatenazman
#6 Kuasa Maharaja
Umpama berada dalam Taj Mahal, pelamin gaya ini pastinya memukau sesiapa sahaja yang melihat.
Elegan diterangi cahaya lampu malap, ilham dekorasi ini mungkin diambil dari ciri kemegahan negara timur tengah yang popular dengan dongeng 1001 malam.
#7 Panahan Violet
Biarpun pelamin ini kelihatan padat, susun aturnya masih kelihatan rapi dan menawan.
Buat si pencinta rona ungu, anda pasti jatuh hati dengan rekaan pelamin moden kontemporari sebegini. Memang cantik!
#8 Ilusi Bernyawa
Tidak pernah menghampakan, nama Reka Teemor milik sepasang suami isteri ini heboh diperkatakan dimana-mana.
Hasil sentuhannya begitu artistik, ideanya segar malah bercita rasa tinggi. Tidak hairanlah jika ramai yang mengagumi rekaan pelamin yang dihasilkan.
#9 Kerawang Mempersona
Motif kerawang gergasi yang menjadi latar pelamin secara tidak langusng menjadi titik pandang utama buat tetamu yang hadir.
Mempelai yang duduk di tengah pula umpama melengkapkan lagi rajah pelamin sensasi lagi mempersona. Penulis yakin, foto pengantin yang bersanding di pelaminan ini pasti sempurna tanpa cacat dan cela!
#10 Kaca-Kaca Cinta
Bila mana lilitan kain, kerawang dan jumbaian kristal dah terlalu “mainstream” sebagai hiasan pelamin.
Boleh cuba terapkan dekorasi yang berasaskan panel kaca dan cermin sebegini. Cantik sekaligus memberi nafas baru kepada definasi pelamin yang norma.
https://www.instagram.com/p/BIr8LkmjQE0/?taken-by=rynsavenuewedding
BACA: 5 RESTORAN UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI LOKASI MAJLIS PERKAHWINAN
Anda berkenan yang mana?