Sebagai seorang wanita, kita harus peka dengan kehadiran ‘saat’ yang satu ini bila mana kelakuan, sifat fizikal dan emosi kita umumnya akan bertukar secara mendadak dan tempoh itu digelar Menopause.
Keadaan ini boleh dianggap tempoh yang paling menakutkan oleh kebanyakkan wanita kerana ia bukan sahaja mengubah keadaan normal diri, bahkan turut mengubah cara layanan dan persepsi orang di sekeliling.
Umur Wanita Yang Berpotensi Untuk Menopause?
- Sumber: matome.naver.jp
Ramai wanita mula menghidap berubahan hormon menopause pada usia akhir 40an hingga awal 50an. Namun, tanda-tanda awal kemunculan Menopause itu sudah boleh dirasai 10 hingga 15 tahun sebelum waktunya.
Simtom atau gejala menopause boleh dikesan pada usia yang lebih awal.
Adakah Saya Sedang Mengalami Simtom Awal Menopause?
- Gif- Giphy
Gejala awal menopause boleh menyebabkan turun naik kadar estrogen dan progesteron.
Saat berlakunya pra-menopause dan proses menopause itu sendiri, rahim sebenarnya akan menghasilkan jumlah hormon estrogen dan progesteron yang berbeza seterusnya mengawal mentruasi serta penghasilan telur (ovulasi) dan banyak lagi fungsi tubuh yang lain.
Tanda-Tanda Awal Menopause
- Darah yang mengalir di dalam tubuh terasa panas
- Sering berpeluh ketika waktu malam, meskipun keadaan sekeliling agak dingin
- Haid yang tidak menentu
- Kekeringan vagina
- Emosi tidak tentu arah (perubahan mood)
- ‘Nafsu’ untuk melakukan hubungan seksual semakin berkurang
- Waktu tidur terganggu
- Kulit kering
- Rambut gugur
- Sukar mengawal kencing (kerap membuang air)
- Sumber: livingholistichealth.com
Cara Terbaik Untuk Kawal & Membiasakan Diri Dengan Kehadiran Menopause
#Makan Suplemen
- Kapsul Evening Primrose Oil. Foto hiasan -Medical News Today
Sesungguhnya, Menopause bukanlah satu penyakit yang boleh disembuhkan. Tetapi, vitamin dan makanan tambahan yang penulis cadangankan ini mampu bantu mengawal dan melambatkan kehadiran menopause. Setidak-tidaknya, hormon akan dihasilkan secara normal dan anda bisa menjalani kehidupan selesa seperti biasa.
- Black Cohosh
- Vitamin E
- Makanan atau vitamin berasaskan Soya
- Evening Primrose Oil
#Ubah Gaya Hidup
Cara ni paling senang tapi… paling susah untuk ramai orang pratikkan.
- Dapatkan tidur yang cukup, sekurang-kurangnya 8 jam waktu tidur.
- Makan secara sihat. Amalkan gaya pemakanan ikut piramid diet.
- Lakukan senaman aerobik. Senaman yang dapat mengeluarkan endorfin adalah baik untuk mengawal menopause.
#Krim Hormon
Terdapat bukti kajian yang mengatakan bahawa cara terbaik untuk menyalurkan hormon kepada tubuh adalah melalui kulit. Gunakan krim hormon kerana ia mudah diserap ke dalam kulit seterusnya pergi ke saluran darah secara efektif.
#Rawatan Hormone Replacement Therapy (HRT)
Rawatan ini berkesan untuk mengawal kerapuhan tulang seperti osteoporosis serta gejala-gejala menopause yang lain. Namun, bagi sesetengah wanita, ia akan meningkatkan risiko untuk hidap barah payudara, strok, serangan jantung serta kemunculan darah beku dalam saluran darah yang digelar Deep Vein Thrombosis (DVT).
Apakah Kemungkinan Selepas Menopause?
#Osteoporosis
Kerapuhan tulang akan berlaku kepada semua orang yang umurnya lebih dari 50 tahun. Bagaimanapun risiskonya lebih tinggi untuk wanita yang telah menopause. Nisbahnya adalah 3 orang wanita berbanding seorang lelaki yang menghidap osteoporosis pada umur selepas 50 tahun.
Osteoporosis akan menyebabkan lemah dan keretakkan pada tulang terutamanya pada bahagian pergelangan tangan, pinggul dan tulang belakang. Oleh sebab itu, hormon estrogen adalah sangat penting untuk kekuatan dan pertumbuhan tulang manusia.
Rawatan terapi HRT mungkin dapat membantu masalah ini namun, risikonya agak besar.
#Perubahan Payudara
Saiz dan bentuk payudara anda akan berubah dari keadaan asalnya. Tidak lagi tegang dan bakal mengecut.
#Serangan Jantung
Penyakit kardiovaskular akan lekas menyerang wanita yang telah menopause. Ini adalah termasuk serangan jantung dan strok yang berpunca dari saluran darah tersumbat. Bahkan, inilah penyebab utama mengapa ramai wanita yang menemui hayat pada sekitar umurnya mencapai 60 tahun.
***Ramai wanita berisiko mempunyai masalah saluran darah tersumbat selepas menopause.
Semoga perkongsian ilmu ini membantu dan selamat beramal!