Siapa yang tidak kenal dengan jenama pemanis mulut macaron yang satu ini. Datangnya dari Perancis dan mewah dengan rasa manis mengancam digelar Ladurée.
Diasaskan sejak 155 tahun lalu, ia mula diperkenalkan oleh Louis-Ernest Ladurée pada tahun 1862 namun telah diberi nafas baru oleh cucunya Pierre Desfontaines yang bijak mencipta hidangan pemanis mulut yang diapit dua cenkerang bersama inti krim. Dari hari itu, sandwich macaron ini mula popular di mata dunia.


Sejak beberapa kebelakangan ini, kita sesungguhnya dapat lihat betapa hidangan pemanis mulut bercengkerang ini amat terkenal menjadi antara menu yang wajib ditampilkan oleh kafe-kafe hipster serta bakeri.
Untuk pengetahuan umum, Ladurée telah pun membuka cawangan jenamanya di lebih 20 buah lokasi sekitar Asia termasuklah Singapura, Bangkok, Manila dan Hong Kong.

Sehingga, masih belum ada tarikh tetap bilakah jenama macaron mewah itu akan membuka cawangannya yang pertama di Malaysia namun ia telah disahkan bahawa Ladurée akan beroperasi di aras tiga Pavilion Kuala Lumpur!
Bukan itu sahaja, selain manisan macaron, Ladurée juga ada mengeluarkan rangkaian kosmetiknya sendiri. Harap-harap kiosk kosmetik Ladurée pun akan dibuka di Malaysia juga nanti.

Yay! Tak sabarnya!