Duduk menonton filem dan drama kegemaran dan bersantai bersama orang tersayang malah keluarga, merupakan salah satu keindahan hidup yang begitu mudah untuk dinikmati.
Disebabkan itu, beberapa pilihan sofa lembut, empuk dan selesa ini penting ada di dalam kediaman anda, apabila anda berpeluang untuk duduk dan berehat, tiada masalah lain yang akan memeningkan kepala, anda dapat bermalasan pada bila-bila masa sahaja.
Berikut adalah 10 pilihan perabot yang mesti anda miliki di rumah.
#1 Free Hug Sofa
Ya ampun, kenapa best sangat sofa ni? Sofa ini mampu membuatkan anda rasa selamat dan hangat sentiasa. Tak keluar rumah pun tak apa.
#2 Faux Fur Accent Chair
Ingat selipar je ada bulu. Lihat sofa ini pun ada bulu, memang tak bangun kalau dah duduk.
#3 Inchworm
Kusyen ini sedia membalut anda apabila anda berbaring, menjadikannya tempat yang selesa untuk membaca buku atau sekadar berehat.
#4 Hanging Cocoons
Siapa kata anda hanya mendapatkan keselesaan hanya berada di dalam rumah? Khemah gantung ini mampu membuatkan anda diulit mimpi jika anda bermalasan di situ.
#5 Seatcraft Cuddle Seat
Hujung minggu terasa nak menonton filem dan drama di rumah, sofa ini terbaik buat anda. Disebabkan terlalu selesa, anda boleh terus tidur di situ. Good Night!
#6 Papasan Chair
Jika anda ada kerusi rotan atau kayu di rumah, anda boleh DIY sahaja. Hanya beli sofa yang empuk sahaja untuk dialas di atasnya.
#7 Cradle Seat
Cradle seat yang dibuat khas untuk dewasa. Sofa kayu ini bukan sahaja menerapkan nilai estetika tetapi ia juga sangat selesa. Bayangkan anda membaca buku, tak sampai berapa minit mesti terus tidur sebab terlalu empuk.
#8 Daybed Cushion
Jika anda memerlukan tempat yang paling sesuai untuk tidur, anda boleh nikmatinya dengan daybed cushion ini. Ia sesuai dijadikan sofa dan pada masa yang sama mengubahnya menjadi tempat istirehat anda sendiri.
#9 Sling Chair
Sekadar ingin beristirehat, sling chair dari kulit ini selesa untuk anda.
#10 Baby Relax Double Rocker
Baby Relax Double Rocker membolehkan anda untuk berehat dengan selesa sambil menikmati masa yang berkualiti dengan anak-anak anda.
Best tak semua pilihan sofa ini? Yang mana paling anda inginkan?