Wanista perasan lelaki masa kini gemar bergambar dengan satu pose yang menyebabkan kita berfikir, apakah dimaksudkan disebalik pose ini. Pose ‘Dahi Berkerut’ – nama gelaran yang Wanista beri sendiri. Tidak tahu lah kenapa, setiap kali melihat muka hadapan kebanyakan majalah lelaki pasti ada sahaja selebriti lelaki menampilkan air muka seperti berfikir atau menahan sakit.
Adakah ini cara untuk kelihatan macho, biasanya orang akan kaitkan lelaki yang serius adalah lelaki yang macho. Tapi bagi Wanista untuk mengambarkan anda seorang yang macho, tidak perlu lah sampai mengerutkan dahi itu sampai yang melihat pun turut berkerut. Hahaha.
Kalau anda tak percaya, lihat 20 muka hadapan majalah yang Wanista kumpulkan dengan pose kerutan dahi aktor-aktor kacak dari pelusuk dunia.
Amaran: Dahi anda mungkin akan berkerut juga!
#1 Benedict Cumberbatch – wajahnya seolah-olah tidak mempercayai yang anda pandai memasak
#2 Daniel Henney – mungkin dia merenung jauh memikirkan soal jodoh
#3 Hrithik Roshan – adakah abang ini sedang membuat cubaan simpati? (ok, cair)
#4 Fattah Amin – bila Fattah dengar anda sebut nama Neelofa :P
#5 Justin Bieber – renungan yang betul-betul masuk ke dalam jiwa
#6 Gong Yoo – bila si dia nak cuba jadi serius dan comel dalam satu masa yang sama
#7 Shahrukh Khan – cubaan mengorat anda disebalik baju hoodie miliknya
#8 Keith Foo – okay yang ini memang seksi habis
#9 Jamie Dornan – “saya lapar, cepat lah masak”
#10 Matt Bomer – bila nampak crush lalu
#11 Idris Elba – seksi dan serius, siapa sangka Idris mampu tonjolkan dua gaya dalam satu gambar
#12 Ajay Devgan – ini muka bila teman lelaki anda dengar anda cakap “harini, I diet”
#13 Aeril Zafril – serius sangat, kita pun takut nak tegur
#14 So Ji Sub – sejuk sangat ke di Korea sekarang?
#15 Brad Pitt – kalau nama pun Brad Pitt, buat lah macam mana pun tetap kacak
#16 Samuel L Jackson – bila bos anda tahu anda suka layari Facebook di pejabat
#17 Michael B. Jordan – “eh betul ke, you single lagi?”
#18 Ryan Gosling – kalau ada lelaki renung anda seperti Ryan masa first date, ketahui lah dia adalah untuk anda
#19 Zac Efron – jika jurulatih gim segagah ini, sekarang juga penulis daftar masuk
#20 Zayn Malik – bila anda lagi cantik dari Gigi Hadid, Zayn will be like
Antara 20 aktor ini, yang mana anda rasa paling melampau pose nya? Bagi Wanista, ia milik Keith Foo, dia punya kerut sampai bibir jadi mungil. Jangan marah Keith :P
