Sama ada perempuan atau lelaki, kita semua pasti pernah mempunyai masalah jerawat yang sangat merunsingkan diri. Saat permukaan wajah dipenuhi bintik-bintik merah yang membengkak dan memeritkan, kulit turut semakin berminyak dan adakalanya bagi kes yang lebih teruk, radang juga mula memakan diri.
Jerawat bukan sahaja menjadikan rupa wajah seseorang menjadi tidak menarik bahkan seolah meragut keyakinan diri seseorang untuk berdepan dengan khalayak umum.
Dek kerana prihatin dengan keadaan anda yang menjadi ‘mangsa’ kepada hormon tubuh tidak stabil, Wanista ingin berkongsi satu petua berkesan bagaimana pembersih wanita sebenarnya bisa memulih sekaligus membunuh jerawat degil pada permukaan wajah.
Tonton pengakuan Youtube Blogger ini hilangkan jerawat dengan pembersih wanita
https://www.youtube.com/watch?v=W3zuUW3EjKo
Pembersih intim atau pembersih wanita sebenarnya mengandungi PH rendah yang baik untuk kulit. Ia bertindak secara lembut untuk membersih wajah sehingga ke permukaan paling dalam yang kemudian bertindak mempengaruhi kulit untuk jadi lebih sihat dan bebas dari jerawat degil (mematikan jerawat).
Ramai sebenarnya yang telah bereksperimentasi menggunakan cara ini untuk memulihkan masalah jerawat mereka. Penulis anggap cara ini berkesan dan berupaya membantu anda di luar sana yang buntu mencari solusi mahupun produk bersesuaian.
Kata mereka, selepas menggunakan cara ini, jerawat lebih cepat kecut dan semakin berkurang dalam beberapa tempoh selepas mengamalkannya.
Untuk pengetahuan semua, kebanyakkan gel atau sabun pembersih wajah di luar sana adalah tinggi dengan PH (Potential Hydrogen) membuatkannya kulit menjadi kering dan sensitif. Oleh itu, adalah wajar untuk seseorang memerhati produk yang digunakan ke atas wajah. Pastikan PH produk adalah stabil dengan sedikit asid iaitu 5.5. Jika terlalu alkali, ia juga akan menyumbang kepada masalah sensitiviti kulit.
Jika berminat untuk mencuba, penulis cadangkan anda guna pembersih wanita jenama Lactacyd yang original (botol warna biru). Bagaimanapun jika anda tidak yakin menggunakan pembersih wanita untuk membersihkan wajah, anda boleh beralih kepada produk pencuci lain yang rendah kandungan PH seperti Cetaphil, Cerave, Neutrogena dan lain-lain.
BACA: INFO! KESALAHAN MENGERING WAJAH SELEPAS MENCUCI MUNGKIN PUNCA KULIT BERMASALAH
Kurang pasti? Anda boleh tanya pakar-pakar farmasi atau dermatologis untuk maklumat lanjut.