Samakan mereka?
Drama Goblin terusan menjadi trending di seluruh negara dan paling terbaru seorang penyanyi dari kumpulan Top Secret Kyeongha turut mendapat tempias apabila dia dikatakan mirip pelakon Kim Go Eun.
Penyanyi yang baru sahaja debut ini dikatakan kembar kepada Kim Go Eun kerana persamaan wajah yang seiras. Bahkan gambar mereka menjadi viral di internet sama ada dalam dan luar Korea.
Mereka berdua, Kim Go Eun dan Kyeongha mempunyai ciri-ciri muka yang sangat serupa, dari mata yang panjang dan monolid, kening, hidung, mulut serta rupa paras yang berisi, malahan senyuman juga sama, kiranya mereka bak pelanduk dua serupa.
Tak percaya? Lihat beberapa gambat ini dan seriously mereka berdua kelihatan seperti kembar seiras.



