Kita semua sedia maklum bahawa pemerintah Britain itu sedang gering menghidap selesema teruk sejak beberapa minggu lalu sehingga terlepas sambutan Krismas di gereja dan sambutan tahun baru.
Terkini, sebuah media UK melaporkan Queen Elizabeth hampir ditembak oleh seorang pengawal istana yang sedang menjalankan tugas di malam hari.
Pengawal tersebut terkejut apabila terlihat kelibat manusia muncul dalam keadaan gelap malam sekitar Buckingham Palace sekitar jam 3 pagi, lalu menjerit kerana menganggap kelibat itu mungkin seorang penceroboh.
Namun setelah beberapa ketika, dia mula tersedar bahawa bayang-bayang kelibat yang sedang berjalan itu adalah Queen Elizabeth sendiri yang sedang ambil angin kerana tidak dapat lena malam kelmarin, lapor The Times.
Pengawal itu memberitahu Queen Elizabeth yang dia hampir melepaskan tembakan dan jawab Queen Elizabeth “Lain kali saya akan telefon sebelum keluar bersiar-siar supaya kamu tidak perlu menembak saya.”