SK-II Facial Treatment, air magik yang mengandungi 90% pitera jenama penjagaan kulit wajah yang telah dipelopori lebih dari 35 tahun. Sejak diperkenalkan buat pertama kali, Facial Treatment Essence telah membantu wanita untuk mendapatkan kulit yang cerah bak kristal. Pitera mengandungi asid amino, vitamin, asid organik dan mineral yang menukarkan kulit wajah lebih tegang, cerah, mengurangkan kedutan dan tanda cela.
Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina 2017 ini, SK-II sekali lagi melancarkan koleksi eksklusif Multi-Colored Pheonix dengan wajah baharu. Botol dengan rekaan edisi terhad ini membawa maksud tersendiri iaitu menggalakkan wanita meneruskan perjalanan kehidupan dengan wajah yang kekal berseri.
Diinspirasikan dari seni Suminagashi bersama falsafah “tiada titisan yang salah” dan setiap titisan berukir cantik menghasilkan satu bentuk seni yang unik. Seni ini juga memberi mesej terhadap kehidupan, bahawa hidup ini tiada sempadan dan sekatan kerana kita yang mempunyai kuasa untuk menetapkannya.
Bersama dengan rekaan ini, SK-II Facial Treatment Essence juga mengolah ‘majestic phoenix’ tanda kelahiran semula dan mengajak merubah pada sesuatu yang baru. Koleksi ini sesuai dijadikan sebagai set hadiah untuk yang tersayang untuk harapan tahun baru dan mengalami perubahan kecantikan dari dalam dan luar.
Set Edisi Terhad SK-II Facial Treatment Essence (230ml) dan Edisi Terhad Buku Nota Tahun Baru Cina boleh didapati di semua kaunter SK-II Malaysia bermula Januari 2017 dengan harga RM620.