Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Ramadan & Aidilfitri

[ Review ] Tempah Sekarang! Nikmati Pakej Berbuka Puasa Yang Menyeronokkan Di Sime Darby Convention Centre

by Afiqah Syamin
March 17, 2016
Foto -Arkib Wanista

Foto -Arkib Wanista

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Baru-baru ini, lokasi yang sering menjadi pusat tumpuan untuk acara gilang-gemilang, Sime Darby Convention Centre (SDCC) bingkas mempamerkan tawaran hidangan buffet bersempena bulan Ramadan 2016 yang berkonsepkan “A Taste Of Malaysia”.

Selari dengan nama tema yang kedengaran harmoni itu, kesemua menu hidangan buffet Ramadan tahun ini adalah diilhamkan khas oleh Encik Azmi Md Sidek, selaku Tukang Masak Eksekutif SDCC sendiri. Tercetusnya idea beliau adalah berdasarkan pelbagai jenis kaedah dan masakan yang disunting dari masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia.

Foto -Arkib Wanista
Barisan tukang masak yang bertungkus-lumus menyediakan hidangan berkualiti, selari dengan taraf masakan 5 bintang! Foto -Arkib Wanista

Apa yang menarik, terdapat lebih 12 buah gerai makanan yang menyediakan bermacam jenis makanan, lauk-pauk dan kuih-muih gorengan secara langsung! Alangkah sedapnya apabila anda dapat menikmati hidangan yang segar, berkualiti dan datangnya panas dari dapur ketika berbuka puasa nanti. Pasti anda dan keluarga berpuas hati!

Tidak kiralah jika anda mengidam untuk makan masakan ala cina, masakan tradisi orang Melayu kampung, mahupun hidangan kambing panggang yang lembut lagi berperisa, kesemua hidangan adalah dimasak berasaskan sumber ramuan terbaik supaya kelas kualiti makanan tersebut terpelihara.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Antara makanan enak lain yang turut dihidangkan sebagai variasi pilihan buay tetamu adalah Steamboat Lok-Lok, Sup Berempah, Sizzling Hot Plate, Kway Teow Goreng Penang, Sate, Lauk Gulai Kawah, Putu Mayam, Lemang, Ayam Tandoori, Roti Naan, Ais Krim Goreng, Kerabu, Ulaman Sayur, Keropok Lekor, Kuih Tradisi Melayu serta bermacam jenis Cucur yang digoreng rangup!

Bukan itu sahaja, anda juga pasti tercari-cari akan hidangan yang berbentuk lebih oriental seperti sajian berdaging Itik Panggang Rangup, Kambing Golek dan Ikan Bakar yang terdiri daripada tujuh (7) jenis ikan berbeza.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Bagi memuaskan lagi deria rasa anda sebagai orang tempatan yang butuhkan suatu kelainan tatkala menikmati sajian berbuka puasa, terdapat juga makanan klasik antarabangsa yang dihimpunkan dalam menu hidangan buffet menarik ini iaitu variasi Sushi dan Sashimi, Pizza Italiano serta stik panggang mini.

Setelah beberapa ketika anda asyik menikmati berpuluh makanan yang sedap belaka, minuman yang mampu membasahkan tekak anda adalah seperti Teh Tarik, Nescafe tarik, Susu Soya, Cincau, Bandung, Barli Limau, Air Tebu dan pelbagai lagi pilihan Smootie Buah-Buahan.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Harga yang dikenakan untuk seorang adalah RM138.00++. Majlis buffet berbuka puasa ini akan berlangsung setiap hari dari jam 6.30pm – 10.30pm bermula 8 Jun hingga 5 Julai 2016.

Bagi tetamu kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun, termasuklah warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas, mereka sebenarnya layak untuk mendapat potongan harga sebanyak 50%. Manakala kanak-kanak 6 tahun ke bawah adalah percuma.

Promosi hebat khas buat para pembaca Wanista! Individu yang membuat tempahan awal bakal ditawarkan harga yang cukup istimewa iaitu hanya RM79nett seorang jika anda mula menempah pada bulan Mac ini. Sementara itu, sepanjang bulan April dan Mei pula, harga tempahan baucer adalah RM89nett seorang.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Seperti yang diketahui ramai, Restoran China Treasures yang berada di dalam bangunan Sime Darby Convention Centre turut menjalankan promosi pakej berbuka puasa bertemakan Dinner Indulgence. Sesungguhnya China Treasures bakal menjamu anda dengan lebih 60 jenis Dim Sum serta 60 lagi hidangan masakan menarik yang hanya akan dimasak sebaik tempahan dibuat oleh pelanggan. Harga yang ditawarkan adalah pada RM88nett seorang. Promosi sementara ini hanya berlarutan dari 3 Jun hingga 7 Jun 2016.

Untuk tidak mengecewakan diri anda, mulalah menempah sekarang! Sebarang pertayaan serta tempahan pakej buffet berbuka puasa ini boleh disampaikan menerusi:

  • [email protected] (03 -2089 3799) 
  • [email protected] (03 -2089 3688)
Tags: A Taste Of MalaysiaPakej Berbuka Puasa Di Sime Darby Convention CentreRamadan 2016Variasi Pilihan Makanan untuk Berbuka Puasa
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Metro
Ramadan & Aidilfitri

Rebut Malam Lailatul Qadar, 5 Kebaikan Yang Cukup Istimewa

by Mas Idayu
May 4, 2021
0

Malam lailatul qadar merupakan malam yang dinanti-nantikan orang Muslim pada bulan ramadhan, dan kini malam penuh berkat dan barakah ini...

Baca Lagi
Foto - Arkib Wanista
Ramadan & Aidilfitri

Tak Sabar! Hari Raya Aildilfitri Lebih Meriah Dan Bermakna Bersama Marks & Spencer

by Opie Azizlan
April 29, 2021
0

Ulang-alik tengok kalendar, tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tak sabar rasanya! Sebelum itu, bagaimana...

Baca Lagi
Foto - SmartBite
Ramadan & Aidilfitri

Berbuka Puasa Dengan Juadah Istimewa Chef Wan Bersama SmartBite

by IamLisa
April 27, 2021
0

Masakan chef terkenal Malaysia, Chef Wan tak perlu diperkenalkan lagi. Setiap hidangan beliau cukup ikonik dan tersendiri. Sempena bulan penuh...

Baca Lagi
Foto - Swarovski
Ramadan & Aidilfitri

Megherlip Pagi Raya, 8 Barang Kemas ‘Bestseller’ Dari Swarovski Harga Bawah RM400

by IamLisa
April 21, 2021
0

Pernah tak kamu reward diri sendiri? Dah penat bekerja, rasa nak belanja diri sendiri. Cuba praktikkan cara ini nescaya kamu...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.