Di mana agaknya tempat makan yang paling best ketika ini? Anda pun mesti sudah bosan asyik makan nasi berlauk yang sama setiap hari. Dalam masa yang sama, anda juga ingin menikmati makan tengah hari yang mewah secara beramai-ramai bersama teman sepejabat pada kadar harga yang berpatutan?
Ini dia, promosi hebat daripada Tony Roma’s telah kembali! Berlangsung dari 29 Februari hingga 17 April 2016, khas buat penggemar makanan pedas, anda kini bisa menikmati 4 jenis hidangan masakan barat yang diperkaya dengan rempah ratus asli serta kepedasan yang nyata buat anda terliur!
Ya! Penulis juga tidak ketinggalan untuk merasa kesemua hidangan ini buat julung kalinya tempoh hari bertempat di Tony Roma’s cawangan Sunway Pyramid.
Untuk jangka masa yang singkat, jenama restoran terkemuka Amerika yang menghidangkan variasi hidangan stik berasaskan daging bermutu ini tampil memperkenalkan menu baru digelar “Spice It Up”. Istimewa untuk menepati selera orang Asia dengan gabungan gaya masakan ala barat.
Antara rempah, herba dan bahan perasa yang disertakan dalam rumpun hidangan “Spice It Up” adalah termasuk jalapenos iaitu sejenis cili hijau Mexico yang teramat pedas, lada hitam, cili Mexico Chipotle dan Sriracha serta beberapa lagi ramuan hangat yang bisa menyentuh deria rasa pedas anda!
Anda boleh mula dengan sepinggan Potato Croquette (RM13.67) yang cukup untuk dikongsi bersama 3 orang. Ia merupakan sejenis pembuka selera bebola kentang berinti keju -digoreng dengan minyak penuh sehingga rangup dan kerak bahagian luarnya berwarna keemasan! Rasanya sungguh enak tatkala digigit, keju cheddar cair mula membasahi tekak diselangi bunyi keranggupan yang sememangnya mmm! Bukan itu sahaja, hidangan ini ditemani sos cicah Siracha dan Jalapeno Ranch buat mereka yang mahukan rasa pedas lazat.
Penulis paling suka akan hidangan Chipotle Chicken Ceasar Salad (RM29.57) ini! Jika anda mahukan sesuatu yang sedikit ringan dan lebih sihat, ini adalah hidangan seimbang yang sedap tak terkata untuk dijadikan pembuka selera sebelum beralih kepada hidangan utama yang lebih berat. Hirisan daun salad Romaine rangup yang diimport khas dari luar negara ini menjadi tilam kepada hirisan dada ayam berempah, lalu dilengkapi pula dengan rasa sensasi sayuran segar lain termasuk avocado, tomato, butir jagung manis, jalur roti tortilla serta parutan keju Cheddar dan Mozarella yang amatlah menyegarkan!
Untuk hidangan yang seterusnya, penulis diundang untuk merasa menu utama yang pertama iaitu Beef Beacon BBQ Ribs & Three Pepper Steak Combo (RM82.57). Bagi pendapat penulis, rasa tulang rusuk belakang daging lembu yang diperam bersama herba dan rempah hangat ini teramatlah lembut dan berjaya dimasak hingga sempurna! Bahkan anda bisa merasa kerangupan bawang besar manis yang disalut dengan tepung garing yang juga menjadi sebahagian variasi kepada hidangan tersebut. Menu unik ini ditemani hidangan sampingan cole slaw dan kentang lenyek berperisa.
Siapa kata Tony Roma’s hanya menyediakan masakan yang berasaskan daging semata? Buat pencinta makanan laut, hidangan Salmon & Sriracha Lime Shrip (RM57.13) yang dimuatkan dalam menu “Spice It Up” ini pasti buat anda naik gila! Nak tahu kenapa? Kesemua rasa fusion Asia ada dimuatkan dalam siri masakan istimewa ini. Kepingan salmon panggang yang terhidang di atas pinggan telah dilitup dengan daging udang segar yang ditumis terlebih dahulu. Manakala kuah jenis sriracha lime yang dicurah keliling pinggan secara tidak langsung mampu memberi sedikit rasa masam dan masin berlemak kepada masakan ini. Ia turut dihidang bersama nasi beraroma yang cukup mengenyangkan perut.
Hebatnya di Tony Roma’s, kesemua hidangan dihidang dalam (portion) bahagian yang agak besar sehingga boleh dikongsi bersama 2 atau 3 orang sepinggan. Seperkara lagi sebagai peringatan, Tony Roma’s adalah sebuah restoran yang berstatus halal meskipun menghidangkan minuman beralkohol kepada sebahagian pelanggannya. Cawan yang diguna untuk menghidang minuman beralkohol sama sekali tidak dicampur dengan perkakas dapur yang lain. Oleh itu, tiada apa yang anda perlu gusarkan.
Jadi, apa anda tunggu lagi? Cepat ajak kenalan serta keluarga anda untuk pergi menikmati hidangan barat yang diserikan dengan rasa kepedasan, hanya di Tony Roma’s. Penulis yakin, anda pasti berpuas hati! Untuk keterangan lanjut, sila layari www.tonyromas.com.my