Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Keibubapaan

Saksikan Aksi Hebat LEGO® NEXO KNIGHTS™ di Mid Valley Megamall!

by IamLisa
March 15, 2016
Dari kiri ke kanan - Kevin Hagino, Senior Regional Brand Manager, LEGO; Clay Moorington mascot; Dick Yoong, Country Manager, LEGO Malaysia; dan Carol Chuo, Country Manager, Toys “R” Us Malaysia. Foto - Arkib Wanista

Dari kiri ke kanan - Kevin Hagino, Senior Regional Brand Manager, LEGO; Clay Moorington mascot; Dick Yoong, Country Manager, LEGO Malaysia; dan Carol Chuo, Country Manager, Toys “R” Us Malaysia. Foto - Arkib Wanista

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sekarang tengah cuti sekolah, jadi nak bawa anak-anak pergi ke mana? Kalau tak ada idea, apa kata singgah ke Mid Valley Megamall, ada aktiviti menarik anda sekeluarga boleh lakukan.

LEGO NEXO KNIGHTS membolehkan kanak-kanak bermain pelbagai dimensi menggunakan aplikasi LEGO NEXO KNIGHTS: MERLOK 2.0. Foto - Arkib Wanista
LEGO NEXO KNIGHTS membolehkan kanak-kanak bermain pelbagai dimensi menggunakan aplikasi LEGO NEXO KNIGHTS: MERLOK 2.0. Foto – Arkib Wanista

Untuk pengetahuan anda, LEGO® Malaysia memperkenalkan hasil terulung-nya, LEGO® NEXO KNIGHTS™, sebuah legenda kerajaan zaman pertengahan berlatarbelakang dunia futuristik pada acara LEGO® NEXO KNIGHTS™ ACADEMY. Acara yang berlangsung di Mid Valley Megamall ini sekaligus menjadikan Malaysia negara pertama yang menganjurkan acara ini.

Dalam sebuah kerajaan yang bernama Kingdom of Knighton, terdapat lima pahlawan muda perlu meningkatkan kekuatan mereka dengan perisai-perisai berkuasa untuk bertarung dengan si badut jahat yang bernama Jestro serta sekumpulan raksasa demi mengembalikan keamanan. Kini set LEGO yang telah diadaptasi dari lagenda hebat ini telah dicipta berserta siri kartun 20 episod dan aplikasi permainan digital yang mengujakan.

Pratonton dunia digital Knighton. Foto - Arkib Wanista
Pratonton dunia digital Knighton. Foto – Arkib Wanista

Gabungan Dunia Realiti dengan Alam Maya

Siri LEGO® NEXO KNIGHTS™ telah melepasi sempadan di antara dunia realiti dan alam maya. Para pemain boleh memilih daripada pelbagai senjata futuristik dan mengaktifkan kekuatan NEXO untuk bertarung dengan Lava Monster dan menjadi pahlawan yang sebenar.

Pahlawan-pahlawan yang baru dilantik mampu “memuat turun” sebanyak 170 kekuatan NEXO Knights yang diwakili oleh perisian – yang boleh didapati di seluruh dunia Knighton dalam bentuk fizikal mahupun digital, termasuk set binaan, iklan, buku, komik, dan juga siri kartun LEGO® NEXO KNIGHTS™, yang boleh dikumpul dengan menggunakan aplikasi LEGO NEXO KNIGHTS: MERLOK 2.0. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play.

 Set LEGO NEXO KNIGHTS. Foto - Arkib Wanista
Set LEGO NEXO KNIGHTS. Foto – Arkib Wanista

Tujuh belas set binaan daripada koleksi LEGO® NEXO KNIGHTS™ yang menarik kini boleh didapati di Stor LEGO berdaftar di Malaysia, di The Curve in Mutiara Damansara, Bangsar Village, Empire Subang, IOI City Mall di Putrajaya, Setia City Mall dan Queensbay Mall di Pulau Pinang. Set-set binaan tersebut dijual di Toys “R” Us, Hamleys, AEON, Isetan, Parkson, Box of Bricks dan LEGOLAND Malaysia Resort pada harga antara RM 39 hingga RM 499.

Si comel sedang  melawan minions jahat Jestro di Zon Power Up. Foto - Arkib Wanista
Si comel sedang melawan minions jahat Jestro di Zon Power Up. Foto – Arkib Wanista

Jom alami sendiri dunia Knighton yang mengujakan di Centre Court di Mid Valley Megamall bermula dari sekarang hingga 20 March.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila layari:

  • Facebook Mid Valley Megamall https://www.facebook.com/mymidvalleymegamall
  • Laman sesawang https://nexoknightsapac.lego.com/en-my/
Tags: legoLego Nexo KnightsMid Valley megamallPermainan Lego
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest
Keibubapaan

Sakit Bawah Ari-Ari? Ibu Mengandung Boleh Cuba Buat Begini

by Opie Azizlan
January 5, 2022
0

Team Wanista nak tanya, ibu-ibu yang mengandung pernah tak alami Pelvic Girdle Pain (PGP) iaitu rasa sakit pada bahagian ari-ari?...

Baca Lagi
Foto - FujiFilm
Teknologi

[REVIEW] Fujifilm instax mini BTS Butter Version, 4 Benda Wajib Tahu Sebelum Beli instax mini 11 Edisi Khas Ini!

by Opie Azizlan
December 22, 2021
0

Limited edition? Sumpah excited dan tak sabar! Syarikat kamera terkenal, Fujifilm telah bekerjasama dengan kumpulan K-Pop terkenal iaitu BTS. Menerusi...

Baca Lagi
Foto - Astro Awani
Keibubapaan

Sebut 3 Ayat ‘Magik’ Depan Si Kecil, Dia Akan Membesar Jadi Anak Yang Hebat

by IamLisa
December 20, 2021
0

"Ayish, minta tolong ambil beg tangan mama dalam bilik." Sedapkan bunyi hayat di atas? Jangan anda tak tahu setiap kata-kata yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Teknologi

“Patutlah Slow”- Nak Tahu Wi-Fi Kena Curi Atau Tak, Cuba Buat Macam Ini

by Opie Azizlan
December 9, 2021
0

Nak kata tak bayar bil Wi-Fi, dah pun bayar. Tetapi kenapa slow semacam je ni? Kalau kamu pernah alami situasi...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.